fbpx

USTAZ WADI ANNUAR

Selamat Hari Guru, Ustaz Wadi Annuar

SELAMAT HARI GURU

Di dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda,

أَفْضَلُ الصَّدَقَةِ أَنْ يَتَعَلَّمَ الْمَرْءُ الْمُسْلِمُ عِلْمًا ثُمَّ يُعَلِّمَهُ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ

“Sedekah yang paling utama adalah seorang muslim yang mempelajari satu disiplin ilmu kemudian mengajarkannya kepada saudaranya sesama muslim.” [HR Ibnu Majah:239]

Ilmu dalam hal ini berupa ilmu yang bermanfaat untuk disampaikan kepada umat manusia. Ilmu yang bermanfaat ini akan jadi sedekah jariyah untuk akhirat kelak.

Bersyukurlah wahai para guru. Anda adalah penerus risalah dan kerja Nabi SAW dan juga para Nabi sebelumnya.

Mereka bertugas mengajarkan dan menyebarluaskan ketauhidan, akhlak mulia, ilmu-ilmu pengetahuan dalam kitab Allah dan pengamalan agama secara praktikal. Ingatlah risalah dan kedudukan yang sangat agung ini.

Bersempena dengan sambutan hari guru pada 16 Mei 2023, saya mengucapkan selamat hari guru dan terima kasih kepada guru-guru yang pernah mendidik saya selama ini.

لو لا مربي ما عرفت ربي
“Kalau bukan kerana guruku, tidak akan aku mengenali Tuhanku”

Perhatian : ‘Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan di ruangan akaun ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen yang berbentuk provokasi / penghinaan. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang tulis. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Pastikan komen yang baik-baik sahaja.’ – admin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini

Scroll to Top