fbpx

USTAZ WADI ANNUAR

Peristiwa Bulan Zulkaedah

Bulan Zulkaedah merupakan bulan kesebelas dalam kalendar takwim hijrah. Tiada ibadat yang dikhususkan pada bulan ini seperti bulan lain, namun ia adalah bulan permulaan musim haji.

Umat Islam seluruh dunia sudah mula berhimpun di Tanah Suci pada bulan ini bagi mengerjakan rukun Islam yang agung ini.
Terdapat beberapa peristiwa sejarah yang berlaku pada bulan Zulkaedah. Berikut kami kongsikan sebahagian daripadanya:

  1. Peperangan Bani Quraizah. Antara Yahudi dan Islam : Tahun 5H (Rujuk Kitab Rahiq al-Maktum)
  2. Baiah al-Ridhwan. Antara kafir Quraisy dan Islam : Tahun 6H (Rujuk Kitab Tarikh al-Tabari)
  3. Perjanjian Hudaibiyah. Antara kafir Quraisy dan Islam : Tahun 6H (Rujuk Kitab Sirah Nabawiyyah, Ibni Hisyam)
  4. Perkahwinan Nabi ﷺ bersama Sayidatina Maimunah binti al-Harith RA : Tahun 7H (Rujuk Kitab Maghazi, Musa bin Uqbah)
  5. Peperangan al-Firadh, Iraq. Antara tentera Islam dan Parsi & Rom, Pimpinan Khalid al-Walid : Tahun 12H (Rujuk Kitab al-Bidayah wa al-Nihayah)
  6. Pembukaan Kota Bisan, Utara Palestin. Antara tentera Islam & Rom – Pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab : Tahun 13H (Rujuk Kitab Tarikh al-Tabari)

SILA KONGSI SEMOGA BERMANFAAT.

Sumber: Facebook Ustaz Wadi Annuar

Perhatian : ‘Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan di ruangan akaun ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen yang berbentuk provokasi / penghinaan. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang tulis. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Pastikan komen yang baik-baik sahaja.’ – admin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini

Scroll to Top