fbpx

USTAZ WADI ANNUAR

Hukum orang melakukan Zohor & Asar secara Jamak

Hukum jamak takdim jika tiba sebelum masuk waktu solat kedua
 
Di antara bentuk rukhsah yang diberikan Allah ﷻ kepada orang yang musafir adalah dibenarkan bagi mereka untuk mengumpulkan dua solat di dalam satu waktu sama ada secara  jamak takdim atau  jamak takhir.
 
Jamak takdim ialah mengumpulkan dua solat fardu dan melaksanakannya pada waktu solat yang pertama manakala jamak takhir pula ialah mengumpulkan dua solat fardu dan melaksanakannya pada waktu solat yang kedua.
 
Jika seseorang telah menunaikan solat zohor dan asar secara jamak takdim lalu tiba ke kawasan permukiman sebelum masuk waktu asar adakah dia perlu mengulang semula solat asar tersebut?

Berkata al-Nawawi di dalam al-Majmu (4/180):

اختلاف العلماء على قولين فيما إذا جمع بين الصلاتين جمع تقديم وهو مسافر ثم أقام ، فهل يبطل الجمع ويلزمه إعادة الصلاة الثانية في وقتها أو لا ؟
ثم قال النووي رحمه الله : أصح القولين أنه لا يبطل الجمع.

Maksudnya : Para ulama berbeza kepada dua pendapat dalam masalah jika sekiranya seseorang telah menunaikan solat secara jamak takdim dalam keadaan dia musafir lalu bermukim (sebelum masuk waktu yang kedua), adalah jamak takdim yang dilakukan olehnya telah terbatal lalu dia wajib mengulangi solat yang kedua pada waktunya atau tidak perlu diulangi?

Kesimpulannya, solat asar yang telah dilakukan oleh seorang yang musafir secara jamak takdim itu sah dan dia tidak perlu mengulang semula solat asar meskipun dia telah tiba di kawasan permukiman sebelum masuk waktu asar.

Pembantu Pegawai Syariah (UWA) // Ustaz Muhammad

Perhatian : ‘Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan di ruangan akaun ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen yang berbentuk provokasi / penghinaan. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang tulis. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Pastikan komen yang baik-baik sahaja.’ – admin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini

Scroll to Top