fbpx

USTAZ WADI ANNUAR

Apakah Jemaah Haji Masih Perlu Bertaubat Walaupun Sudah Diampuni?

Haji adalah ibadah suci yang memerlukan persiapan secara fizikal, kewangan, dan persekitaran yang kondusif.

Ibadah haji sebagai salah satu syiar dalam agama Islam, mempunyai keutamaan yang luar biasa, termasuk pengampunan Allah terhadap dosa-dosa kecil dan besar.

Seseorang yang melakukan dosa, baik besar mahupun kecil akan diampuni semasa melaksanakan ibadah haji, sebagaimana yang disebutkan dalam hadis:

Daripada Abu Hurairah. Beliau berkata bahawa Nabi ﷺ bersabda :

مَنْ حَجَّ هَذَا الْبَيْتَ فَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُقْ رَجَعَ كَمَا وَلَدَتْهُ أُمُّهُ

Maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan haji dalam keadaan dia tidak bercakap perkataan yang buruk dan keji serta tidak melakukan perkara yang fasik maka dia akan kembali sepertimana dia dilahirkan oleh ibunya (iaitu dalam keadaan suci bersih dari dosa).”

(HR. al-Bukhari)

Manusia yang penuh dengan kesalahan dan dosa menjalankan pembersihan diri melalui pelaksanaan manasik haji. Mereka menjawab panggilan Allah dengan lisan melalui talbiyah, jiwa dan jasad.

Persoalannya, adakah pelaksanaan ibadah haji boleh dianggap sebagai mekanisma penghapusan kesalahan dan dosa manusia tanpa taubat? Sedangkan taubat adalah kewajiban yang harus dilakukan oleh orang yang berdosa.

Sayyid Bakri bin Sayyid Muhammad Syatha dalam Kitab I‘anah al-Talibin merujuk kepada jawapan Imam al-Ramli ketika ditanya tentang adakah dosa fasik akan menjadi gugur tanpa taubat bagi orang yang melakukan dosa semasa melaksanakan haji.

Imam al-Ramli menjelaskan bahawa gugurnya sifat dan dosa kefasikan itu dengan bertaubat terlebih dahulu daripada dosa besar yang menjadikannya fasik.

Dengan kata lain, Imam al-Ramli ingin menyatakan bahawa jemaah haji tetap wajib bertaubat, terutama dalam hal kesalahan dan dosa besar yang berhubungan dengan hak manusia kerana pengampunan Allah atas kesalahan dan dosa besar yang berhubungan dengan hak manusia bergantung pada bertaubat dengan syarat yang ditetapkan dalam syariat.

Kita dapat menyimpulkan bahawa Imam al-Ramli mengakui bahawa haji dapat menghapus kesalahan dan dosa bagi pelaku dosa besar maupun dosa kecil.

Namun, untuk dosa yang terkait dengan hak manusia, perlu diselesaikan dengan manusia dan bertaubat sesuai dengan syaratnya satu sisi. Di sisi lain, bertaubat dapat menghilangkan kefasikan yang mana boleh diterima kesaksiannya di pengadilan.

Kesimpulan

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa Imam al-Ramli menganjurkan para pendosa untuk bertaubat dan meminta maaf kepada orang lain meskipun sudah berhaji.

Inilah antara sebab mengapa dalam masyarakat kita ada yang membuat permintaan maaf oleh calon jemaah haji ketika sebelum keberangkatannya.

Wallahu a‘lam.

Ustaz Alhafiz Kurniawan, Nahdatul Ulama.

Perhatian : ‘Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan di ruangan akaun ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen yang berbentuk provokasi / penghinaan. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang tulis. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Pastikan komen yang baik-baik sahaja.’ – admin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini

Scroll to Top