fbpx

USTAZ WADI ANNUAR

Info Peristiwa Perang Badar

💡 Perang Badar merupakan perang pertama dalam Islam.

💡 Perang Badar Kubra berlaku pada 17 Ramadan tahun 2 Hijrah.

💡 Bilangan tentera Muslimin: 313 orang dan dipimpin oleh Rasulullah ﷺ.

💡 Bilangan tentera Musyrikin: 1000 orang dan dipimpin oleh Abu Jahal.

💡 Dalil Diizinkan Berperang:

أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَٰتَلُونَ بِأَنَّهُمۡ ظُلِمُواْۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ عَلَىٰ نَصۡرِهِمۡ لَقَدِيرٌ (٣٩)

Maksudnya: “Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya; dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan)”. [Surah al-Hajj ayat 39]

💡 Pertolongan Allah dalam peperangan Badar:

وَلَقَدۡ نَصَرَكُمُ ٱللَّهُ بِبَدۡرٖ وَأَنتُمۡ أَذِلَّةٞۖ فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمۡ تَشۡكُرُونَ (١٢٣)

Maksudnya: “Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu)”. [Surah Ali Imran ayat 123]

💡 Strategi Utama Nabi Muhammad ﷺ dalam Mengendalikan Angkatan Perang di Medan Badar:

1️⃣ Tarbiyah kepada semua anggota tentera bahawa musuh Nabi Muhammad ﷺ adalah musuh Allah.

2️⃣ Panglima-panglima musuh dibanteraskan terlebih dahulu.

3️⃣ Telaga-telaga air selain kegunaan tentera Islam perlu dibasmikan.

4️⃣ Membina markaz sebagai tempat pengendalian perang dan tempat yang selamat daripada serbuan musuh.

5️⃣ Tentera yang gugur dalam peperangan perjuangkan agama Allah ﷻ mendapat syahid.

6️⃣ Solat tidak boleh ditinggalkan walaupun dalam peperangan.

💡 Tentera Islam memenangi peperangan Badar:

▪️ 70 orang tentera Musyrikin terbunuh termasuk Abu Jahal dan Umaiyyah bin Khalaf.

▪️ 70 orang tentera Musyrikin ditawan.

▪️ 14 orang tentera Islam gugur syahid.

Semoga ringkasan info ini bermanfaat.

SILA SHARE AGAR LEBIH RAMAI TAHU SIRAH INI.

Perhatian : ‘Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan di ruangan akaun ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen yang berbentuk provokasi / penghinaan. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang tulis. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Pastikan komen yang baik-baik sahaja.’ – admin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini

Scroll to Top