fbpx

USTAZ WADI ANNUAR

Ustaz Wadi Hadir Majlis Raya Alumni Sekolah

ALOR SETAR – Baru-baru ini Ustaz Wadi Annuar telah menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, Persatuan Alumni Maktab Mahmud (PAMM). Majlis ini juga merupakan majlis pertemuan semula (reunion) bagi pelajar alumni Maktab Mahmud bersama guru-guru.

Sambutan Aidilfitri ini telah diadakan pada 20 Mei 2023 bertempat di Maktab Mahmud Alor Setar, Kedah Darul Aman. Ustaz Wadi Annuar merupakan bekas pelajar SPM pada tahun 2000. 

Ustaz Wadi sentiasa mengingati jasa guru-guru yang banyak berbakti dan membantu beliau semasa menuntut ilmu di sekolah tersebut.

Mulianya guru tidak hanya di dunia, bahkan saat mereka pergi menghadap ilahi, pahala akan sentiasa mengalir tanpa henti walaupun tubuh sudah kaku di perut bumi.

Nabi Muhammad ﷺ bersabda yang bermaksud : “Apabila mati seorang manusia, terputuslah daripadanya amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah atau ilmu yang dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh yang mendoakan baginya.”

Bertemu dengan murabbi dan rakan-rakan adalah perkara berharga dan bermakna sebagai penuntut ilmu.

“Ya Allah, ampunilah dosa guru-guru kami dan orang yang telah mengajarkan ilmu kepada kami. Tutupilah aib guru-guru kami, dan jangan Engkau hilangkan keberkatan ilmu mereka dari kami. Sayangilah mereka, muliakanlah mereka di tempat yang disenangi di sisi-Mu.”

Kredit gambar : @mc_zaheer (IG)

Perhatian : ‘Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan di ruangan akaun ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen yang berbentuk provokasi / penghinaan. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang tulis. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Pastikan komen yang baik-baik sahaja.’ – admin

3 thoughts on “Ustaz Wadi Hadir Majlis Raya Alumni Sekolah”

  1. لو لا المربي ما عرفت ربي
    “Andai bukan sebab guruku, aku tidak akan mengenal Tuhanku”.
    Ya Allah, kurniakanlah rahmat dan kasih sygMu pd guru2 kami. Jadikan ilmu yg dicurahkan itu menjadi ilmu yg bermanfaat bg kami dunia dan akhirat. Aamiin

  2. Maimunah binti Hashim

    Masya Allah tabarakallah.Syukran Wahai Guru2 ku kalian telah mebimbing Daku Kejalan yang KalianTuju.Guru ku peliharakan Doamu.Semoga ilmu yang Ustaz Wadi Annuar Berikan berguna di sepanjang hidup ini.Baraakallahu feekum.Aameen3 ya Mujiib.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini

Scroll to Top