fbpx

USTAZ WADI ANNUAR

BACAAN SUNAT KETIKA IKTIDAL

Soalan Tentang Bacaan Sunat Ketika Iktidal

Assalamualaikum ustaz .

Saya nak tanya betul ke kalau kita jadi imam, tak boleh baca bacaan “hamdan kasiran toyyiban mubarakan” lps baca “rabbana walakalhamdu” time iktidal melainkan kalau makmum redha…ade us ckp mcm tu…

Jawapan kami;

Antara bacaan sunat ketika iktidal ialah:

  1. Menurut pandangan Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Majmuk, tidak disunatkan bagi imam menambah bacaan (حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ) selepas mengucapkan (رَبَّنَا وَلَكَ الحَمْدُ) melainkan apabila makmum reda dengan perbuatan tersebut.


  2. Menurut pandangan Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Tahqiq dan al-Rawdhah serta ulama mutaakkhirin, disunatkan bagi imam menambah bacaan lain selepas mengucapkan (رَبَّنَا وَلَكَ الحَمْدُ) walaupun tanpa keredaan makmum. Inilah pandangan muktamad dalam Mazhab Syafi‘i.

Wallahu a‘lam.

Rujukan.
– Al-Tahqiq
– Al-Rawdhah al-Talibin
– Al-Majmuk
– Asna al-Matalib
– Tuhfah al-Muhtaj
– Nihayah al-Muhtaj
– Mughni al-Muhtaj
– Busyra al-Karim

Telegram Koleksi Q&A Ustaz Alyasak
Pembantu Pegawai Syariah (UWA) // LIYANA

Perhatian : ‘Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan di ruangan akaun ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen yang berbentuk provokasi / penghinaan. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang tulis. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Pastikan komen yang baik-baik sahaja.’ – admin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini

Scroll to Top