fbpx

USTAZ WADI ANNUAR

Nafkah Antara Isteri Dan Ibu

Perkahwinan membentuk asas keharmonian masyarakat bermula dari keluarga yang mampu mewujudkan ketenangan dan ketenteraman hidup berlandaskan hubungan yang baik dan rasa kasih sayang antara satu sama lain.

Sesungguhnya baginda Nabi ﷺ bersabda :

إِذَا تَزَوَّجَ الْعَبْدُ فَقَدِ اسْتَكْمَلَ نِصْفَ دِينِهِ؛ فَلْيَتَّقِ اللهَ فِي النِّصْفِ الْبَاقِي
Maksudnya: Apabila seorang hamba itu berkahwin, maka sesungguhnya dia telah berusaha menyempurnakan sebahagian agamanya, oleh itu hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada sebahagian lagi yang berbaki.
(Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabarani)

Dalam pada itu, tanggungjawab dalam perkahwinan harus diambil peduli dan peka dalam mengetahui hak isteri ke atas suami dan hak suami ke atas isteri selepas berlakunya akad nikah. Nafkah yang dituntut dalam perkahwinan antara suami isteri ialah zahir dan batin.

Secara zahirnya, nafkah dimulai dengan dirinya sendiri seterusnya kepada ahli keluarganya dan jika berbaki berikanlah kepada saudara-mara terdekat. Jika masih berbaki, berikanlah kepada mereka yang memerlukan dan seterusnya.

Imam Al-Syaukani ada menyebut bahawa nafkah kepada keluarga tetaplah wajib walaupun ketua keluarga jatuh miskin. Manakala, nafkah kepada ibu bapa hanya wajib jika anak itu mampu.

Para ulama menyepakati dan juga menyebut supaya memberikan nafkah kepada ibu bapa tidak wajib atas seorang anak melainkan atas dua perkara iaitu ibu bapanya miskin dan memerlukan bantuan serta anak tersebut mempunyai lebihan dari hartanya selepas memberikan nafkah kepada keluarganya.

Ingatlah apa yang dinyatakan oleh Rasullulah ﷺ:

رِضَى الرَّبِّ فِي رِضَى الوَالِدِ ، وَسَخَطُ الرَّبِّ فِي سَخَطِ الْوَالِدِ
Maksudnya: “Keredaan Allah terletak pada keredaan kedua ibubapa, dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.”
(Riwayat al-Tirmizi)

Intipati hadis ini menjelaskan supaya seorang anak harus berbakti kepada ibu dan bapa serta mengetahui tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak supaya keluarga mendapat kedamaian pada masa sama mendapat keredaan Allah.

Rujukan:
-Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

 

Pembantu Pegawai Syariah (UWA) // Husna

Perhatian : ‘Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan di ruangan akaun ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen yang berbentuk provokasi / penghinaan. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang tulis. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Pastikan komen yang baik-baik sahaja.’ – admin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini

Scroll to Top