ustazwadiannuar.com

Iklan palsu

Assalamualaikum, hati-hati dengan iklan pelaburan PALSU yang masih ada di facebook dan instagram. Pihak kami menegaskan, ini adalah IKLAN PALSU dan pihak Ustaz Wadi Annuar tidak terlibat dengan mana-mana pelaburan.

Ini adalah antara beberapa IKLAN PALSU yang dijumpai di Facebook. Mereka aktif mencipta page baru dan menggunakan Facebook Ads (Iklan berbayar). Hati-hati, jangan mudah terpedaya jika anda membaca komen pada iklan tersebut.

Mohon kerjasama hebahkan kepada orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah mempercayai iklan pelaburan di medsos. -Admin

#ustazwadiannuar #iklanpalsu #ScamAlert

Scroll to Top