fbpx

USTAZ WADI ANNUAR

Semangat Ulama Mengkhatamkan Al-Quran

Di bulan Ramadan yang mulia ini, seharusnya umat Islam mengisi masanya dengan membanyakkan bacaan al-Quran untuk mengambil peluang fadilatnya yang besar. Para salafus al-soleh sangat menitik beratkan masa yang terluang untuk dipenuhi dengan bacaan dan penghayatan ayat al-Quran sehinggakan mereka mempunyai kebiasaan yang berbeza dalam mengkhatamkan al-Quran sepanjang Ramadan.

Amalan memperbanyakkan bacaan dan mengkhatamkan al-Quran di bulan Ramadan juga merupakan adat kebiasaan para sahabat, tabi’in dan ulama salaf terdahulu. Diceritakan bahawa:

• Imam Syafie mengkhatamkan al-Quran sebanyak enam puluh kali dalam bulan Ramadan.

• Imam Mujahid pula mengkhatamkan al-Quran sekali pada setiap malam dalam bulan Ramadan.

• Imam al-Aswad bin Yazid mengkhatamkan al-Quran sekali pada setiap dua malam dalam bulan Ramadan

• Imam Qatadah bin Di’amah mengkhatamkan al-Quran sekali pada setiap tiga hari dan sekali pada setiap sepuluh malam terakhir bulan Ramadan.

Begitulah semangat dan kesungguhan para tabiin dan ulama salaf memanfaatkan bulan Ramadan untuk membaca al-Quran dengan sebanyak mungkin. Ini bertepatan dengan beberapa fadilat yang diperolehi kepada para pembaca al-Quran dan juga fadilat gandaan pahala dalam bulan Ramadan. Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ تَقَرَّبَ فِيهِ بِخَصْلَةٍ مِنَ الْخَيْرِ، كَانَ كَمَنْ أَدَّى فَرِيضَةً فِيمَا سِوَاهُ، وَمَنْ أَدَّى فِيهِ فَرِيضَةً، كَانَ كَمَنْ أَدَّى سَبْعِينَ فَرِيضَةً فِيمَا سِوَاهُ

Maksudnya: Sesiapa yang melakukan amalan sunat daripada perkara kebaikan di dalamnya (bulan Ramadan), sama seperti pahalanya melakukan amalan fardu di bulan-bulan lain. Sesiapa yang melakukan amalan fardu (di bulan Ramadan), sama seperti pahalanya menunaikan 70 amalan fardu di bulan-bulan yang lain. [Sahih Ibn Khuzaimah]

Kita juga disunatkan untuk mengkhatamkan al-Quran dalam solat sunat tarawih iaitu dengan dibaca satu juzuk pada setiap malam yang dibahagikan kepada 20 rakaat. Tidaklah menjadi satu isu kesalahan jika terdapat sebahagian masjid dan surau mengamalkan amalan istimewa ini sempena bulan Ramadan.

Kesimpulannya, marilah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mengikut jejak para salaf dan orang soleh dalam menggandakan bacaan al-Quran sehingga khatam bahkan lebih daripada sekali jika mampu.

Jika sekiranya seseorang tidak mengkhatamkan al-Quran di bulan Ramadan dalam keadaan dia mampu, maka tidaklah dikira berdosa, namun sesungguhnya dia telah rugi dan terlepas banyak kebaikan dan kelebihan. Semoga kita istiqamah dalam melakukan kebaikan. Selamat beramal.

SILA KONGSI SUPAYA RAMAI LAGI BEROLEH MANFAAT

Perhatian : ‘Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan di ruangan akaun ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen yang berbentuk provokasi / penghinaan. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang tulis. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Pastikan komen yang baik-baik sahaja.’ – admin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini

Scroll to Top