fbpx

USTAZ WADI ANNUAR

Uniknya Amalan Sahabat

Sahabat merupakan generasi terbaik yang pernah ada di dalam sejarah Islam. Sabda Nabi ﷺ: “Sebaik-baik manusia adalah kurunku. Kemudian kurun selepas daripada mereka dan kemudian kurun selepas daripada mereka.” (HR Bukhari)

Telah dicatatkan oleh Imam al-Zahabi, seorang ulama besar hadis digelar al-Hafiz telah menceritakan sebahagian kisah-kisah unik para Sahabat Nabi ﷺ.

1. Abu Hurairah membaca 12,000 tasbih dalam sehari

عَنْ عِكْرِمَةَ: أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ كَانَ يُسَبِّحُ كُلَّ يَوْمٍ اثْنَيْ عَشَرَ أَلْفَ تَسْبِيْحَةٍ، يَقُوْلُ: أُسَبِّحُ بِقَدَرِ دِيَتِي

Daripada Ikrimah, Sesungguhnya Abu Hurairah bertasbih setiap hari sebanyak 12,000 bacaan tasbih, beliau berkata, ”Aku bertasbih sesuai kadar dosaku”

(Rujuk Imam al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala 2/590)

2. Abu Hurairah membaca 1000 tasbih sebelum tidur

أَخْبَرَنَا نُعَيْمُ بنُ المُحَرَّرِ بنِ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنْ جَدِّهِ: أَنَّهُ كَانَ لَهُ خَيْطٌ، فِيْهِ أَلْفَا عُقْدَةٍ، لاَ يَنَامُ حَتَّى يُسَبِّحَ بِهِ.

Telah mengkhabarkan kepada kami Nuaim bin al-Muharrar bin Abu Hurairah daripada datuknya,” Sesungguhnya Abu Hurairah memiliki tali benang, pada setiap tali tersebut terdapat seribu simpul, dia tidak tidur sebelum bertasbih dengan seribu simpul tersebut”

(Rujuk Imam al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala 2/623)

3. Abu Darda bertasbih 100,000 kali dalam sehari

قِيْلَ لأَبِي الدَّرْدَاءِ – وَكَانَ لاَ يَفْتُرُ مِنَ الذِّكْرِ -: كَمْ تُسَبِّحُ فِي كُلِّ يَوْمٍ؟ قَالَ: مائَةَ أَلْفٍ

Ditanyakan kepada Abu Darda, dia tak pernah berhenti berzikir, ”Berapa banyak engkau bertasbih dalam sehari?”, Beliau menjawab seratus ribu kali”.

(Rujuk Imam al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala 2/348)

4. Abdullah bin Zubair, membahagi malamnya menjadi tiga bahagian

يُوْسُفُ بنُ المَاجِشُوْنِ، عَنِ الثِّقَةِ يُسْنِدُهُ، قَالَ: قَسمَ ابْنُ الزُّبَيْرِ الدَّهْرَ عَلَى ثَلاَثِ لَيَالٍ؛ فَلَيْلَةٌ هُوَ قَائِمٌ حَتَّى الصَّبَاحِ، وَلَيْلَةٌ هُوَ رَاكِعٌ حَتَّى الصَّباحِ، وَلَيْلَةٌ هُوَ سَاجِدٌ حَتَّى الصَّباحِ

Yusuf bin al-Majisyun meriwayatkan daripada periwayat yang tsiqah (terpercaya) dengan sanadnya, dia berkata, “Ibnu al-Zubair membahagi masa menjadi tiga malam. Satu malam dia solat berdiri hingga subuh. Satu malam dia rukuk hingga subuh. Dan satu malam dia sujud hingga subuh”

(Rujuk Imam al-Zahabi, Siyar A’lam al-Nubala 3/369)

Amalan ini bukanlah para sahabat ingin menunjukkan bahawa mereka lebih hebat daripada Baginda Nabi ﷺ, akan tetapi mereka merasakan tidak sempurna seperti Nabi ﷺ. Lantaran itu, mereka melebihkan amal ibadah sebagaimana kata-kata Abu Hurairah “Aku bertasbih sesuai kadar dosaku”.

Imam al-Syaukani juga menyebutkan bahawa Allah reda terhadap amalan ketaatan yang ikhlas yang para sahabat lakukan.

Semoga dengan kisah kesungguhan para sahabat beramal ini dapat mencetuskan semangat kita dalam beramal ibadah di akhir Ramadan yang berbaki ini.

Akhir kata, semoga Allah ﷻ menerima segala amalan kita serta menjadikan kita daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa ikhlas dalam melakukan setiap amalan. Amin.

Perhatian : ‘Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan di ruangan akaun ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen yang berbentuk provokasi / penghinaan. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang tulis. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Pastikan komen yang baik-baik sahaja.’ – admin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini

Scroll to Top