fbpx

USTAZ WADI ANNUAR

Hukum Sentuh Kulit Tanpa Lapik Antara Suami Dan Isteri

“Bersentuhan Kulit Tanpa Lapik Antara Suami Dan Isteri Membatalkan Wuduk”

 
Disebutkan di dalam kitab Mazhab Syafie, antara perkara yang membatalkan wuduk salah satu daripadanya adalah bersentuhan (kulit) di antara lelaki dan wanita ajnabi (boleh berkahwin) secara langsung iaitu tanpa berlapik.
Dalam keadaan ini, Allah ﷻ berfirman di dalam al-Quran:

وَإِن كُنتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا ۚ وَإِن كُنتُم مَّرْضَىٰ أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِّنكُم مِّنَ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا

  Maksudnya: Jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu yang bersih. (Rujuk: Surah Al-Maidah: 6) Imam al-Nawawi di dalam kitab beliau menyatakan:

أَنَّ الْتِقَاءَ بَشَرَتَيْ الْأَجْنَبِيِّ وَالْأَجْنَبِيَّةِ ينتقض سواء كان بشهوة وبقصد أم لا ولا ينتقص مَعَ وُجُودِ حَائِلٍ وَإِنْ كَانَ رَقِيقًا

  Maksudnya: Sesungguhnya menyentuh kulit lelaki dan perempuan yang ajnabi adalah perkara yang membatalkan wuduk sama ada dengan bersyahwat atau tidak. Dan tidak membatalkan wuduk sekiranya terdapat halangan (berlapik) walaupun nipis. (Rujuk: Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab: 2/30) Pendapat yang muktamad di dalam mazhab Syafie menyatakan batal wuduk isteri dan suami sekiranya bersentuhan sama ada bernafsu ataupun tidak. Ini kerana suami atau isteri itu merupakan ajnabi diantara keduanya. (Rujuk: al-Taqrirat al-Sadidah:102) Kesimpulannya, suami dan isteri bersentuhan kulit adalah membatalkan wuduk kedua-duanya. Tidak batal wuduk sekiranya bersentuhan dengan berlapik. Ini merupakan pendapat yang muktamad di dalam mazhab Imam Syafie dan ia diamalkan di dalam negara kita. Wallahualam. Kredit : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Perhatian : ‘Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan di ruangan akaun ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen yang berbentuk provokasi / penghinaan. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang tulis. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Pastikan komen yang baik-baik sahaja.’ – admin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini

Scroll to Top