fbpx

USTAZ WADI ANNUAR

Menghormati Ibu Bapa

Menghormati orang tua merupakan ajaran mulia dalam Islam yang terpancar melalui wahyu al-Quran dan tuntunan teladan Nabi Muhammadﷺ . Al-Quran, kitab suci umat Islam menggariskan dengan tegas kepentingan berbakti dan menghormati ibu bapa sebagai bentuk ibadat kepada Allah. Terdapat ayat memberikan asas yang kukuh kepada kewajipan anak-anak untuk menghormati dan memuliakan ibu bapa. Allah berfirman:

 وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوٓا۟ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلْوَٰلِدَيْنِ إِحْسَـٰنًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ ٱلْكِبَرَ أَحَدُهُمَآ أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَآ أُفٍّۢ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًۭا كَرِيمًۭا

 “Dan Tuhanmu telah tetapkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata- mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘ah’, dan janganlah engkau menengking mereka berdua, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” 

(Surah Al-Isra ayat 23)

Seterusnya, Nabi memberi pedoman kepada kita mengenai bakti anak kepada kedua ibu bapa.

Daripada Sayidina Abu Hurairah R.A, Rasulullah bersabda:

رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ.‏ قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: ‏‏مَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا فَلَمْ يَدْخُلِ الْجَنَّةَ ‏‏

“Kehinaan, kehinaan, kehinaan.” Baginda ditanya: “Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga.” [HR Muslim]

Hadis ini dituntut kepada setiap anak-anak supaya menghormati ibu bapa. Ini kerana kemaslahatan dunia akhirat berkait rapat dengan layanan anak terhadap ibu bapa di dunia.

Menghormati ibu bapa dalam Islam bukan sahaja bererti melaksanakan kewajipan yang formal, tetapi juga memupuk hubungan penuh kasih sayang dan persefahaman. Menolong mereka dalam segala hal, baik jasmani mahupun rohani merupakan implementasi nyata daripada ajaran Al-Quran dan Hadis. Rasulullah ﷺ sendiri memberi contoh dengan memeluk anak yatim dan menyatakan bahawa baginda dan orang yang menjaga anak yatim tersebut akan bersama di syurga.

Penting untuk memahami bahawa menghormati ibu bapa bukan hanya peraturan yang mesti dipatuhi, tetapi adalah panggilan yang terbit dari kasih sayang dan rasa hormat. Oleh itu, sangat penting bagi setiap individu Muslim untuk merenung nilai-nilai tersebut dan menerapkannya dalam kehidupan seharian.

Kesimpulannya, menghormati ibu bapa dalam Islam bukan sahaja satu kewajipan, tetapi juga merupakan jalan menuju keberkatan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Dengan memahami dan menerapkan ajaran Al-Quran dan Hadis tentang menghormati orang tua, umat Islam diharapkan mampu membentuk masyarakat yang penuh kasih sayang dan berlandaskan nilai-nilai Islam yang luhur.

Rujukan
Ustaz Azhar Idrus
Mufti Wilayah Persekutuan

Pembantu Pegawai Syariah (UWA) // Liyana

Perhatian : ‘Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan di ruangan akaun ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen yang berbentuk provokasi / penghinaan. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang tulis. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Pastikan komen yang baik-baik sahaja.’ – admin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini

Scroll to Top