fbpx

USTAZ WADI ANNUAR

Apa itu FASAKH?

Pengertian Fasakh

Fasakh ialah melepaskan ikatan perkahwinan antara suami dan isteri setelah diminta cerai oleh pasangan melalui hakim. Fasakh hanya boleh dilakukan oleh pihak yang berkuasa sahaja seperti hakim dan qadi apabila terdapat sebab tertentu seperti kehilangan suami tanpa diketahui keadaannya sama ada hidup atau mati ataupun salah seorang daripada suami atau isteri murtad dan sebagainya.

Syarat-syarat Fasakh

Menurut pendapat Mazhab Syafie syarat sah fasakh ada dua perkara iaitu: –

  1. Tidak sah fasakh nikah jika dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. 
  2. Keterangan atau bukti yang diberikan mestilah disaksikan oleh dua orang lelaki atau pengakuan bahawa kecacatan seperti mati pucuk atau dengan cara berganti-ganti sumpah.

Perbezaan Fasakh Dengan Talak

Berikut seperti di bawah :

Perkara yang mengharuskan fasakh ialah apabila suami isteri : 

        • Tidak diketahui di mana mereka berada selama tempoh lebih dari satu tahun.
        • Tidak mengadakan peruntukan nafkah isteri selama tempoh 3 bulan.
        • Telah dihukum penjara selama tempoh 3 tahun atau lebih.
        • Tidak menunaikan nafkah batin tanpa sebab yang munasabah selama satu tahun.
        • Telah mati pucuk atau terpotong zakar.
        • Faraj isteri tersumbat disebabkan daging atau lubang.
        • Telah gila selama tempoh 2 tahun.
        • Sedang menghidap penyakit kusta, sopak atau penyakit kelamin yang berjangkit.
        • Selalu menyakiti atau membuat isteri menderita.
        • Berkawan dengan perempuan-perempuan jahat.
        • Memaksa isteri hidup secara lucah.
        • Melupuskan harta isteri.
        • Menghalang isteri menunaikan kewajipan agama.
        • Tidak berlaku adil kepada isteri-isterinya mengikut hukum syarak.
        • Tidak menyetubuhi isteri dengan sengaja walaupun 4 bulan telah berkahwin.
        • Dan apa-apa alasan lain yang diiktiraf hukum syarak

                        Kesimpulannya, jika dalam satu perkahwinan itu pasangan mempunyai lebih banyak perkara yang mendatangkan kemudaratan maka wajib dihilangkan mudarat itu daripada terus berlaku. Malahan, wajib hukumnya ke atas setiap muslim itu menghilangkan mudarat terhadap dirinya. Seandainya pasangan menemui jalan buntu, maka fasakh adalah dibenarkan.

Pembantu Pegawai Syariah (UWA) // Hayana

Perhatian : ‘Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan di ruangan akaun ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen yang berbentuk provokasi / penghinaan. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang tulis. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Pastikan komen yang baik-baik sahaja.’ – admin

3 thoughts on “Apa itu FASAKH?”

  1. Maimunah binti Hashim

    Assalamualaikum Ustaz Wadi
    Terima kasih atas pengkongsian n penerangan yg jelas.Alhamdulillah.
    Sanah Helwah Ustaz, Baraakalahu feekum semoga Ustaz sentiasa sihat dilimpahkan rezeki dilancarkan urusan dakwah nya.Aameen3 ya Mujiib.☝️🤲🤲🤲😊🥰

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini

Scroll to Top