fbpx

USTAZ WADI ANNUAR

Peristiwa Pembukaan Kota Mekah

1. Pembukaan Kota Mekah berlaku pada bulan Ramadan tahun 8 Hijrah.

2. Mekah berfungsi sebagai pusat penyembahan berhala dan amalan tradisi masyarakat Arab Jahiliah.

3. Punca Pembukaan Kota Mekah apabila Perjanjian Hudaibiyah dikhianati oleh Quraisy Mekah dengan memberi bantuan kepada Bani Bakar yang merupakan sekutu Bani Khuza’ah.

4. Rasulullah ﷺ menyusun strategi sulit untuk mengelakkan pertumpahan darah berlaku semasa Pembukaan Kota Mekah. Antara strateginya:

i. Kaum Musyrikin diberi tiga tuntutan pilihan sama ada membayar diyat kepada waris Bani Khuza’ah yang terbunuh.

ii. Mengutuk perbuatan Bani Bakar yang membunuh Bani Khuza’ah.

iii. Berperang dengan tentera Islam.

5. Setelah kaum Musyrikin Mekah memilih untuk berperang, Rasulullah ﷺ telah mengarahkan 10,000 tentera bersiap sedia dan berangkat ke Mekah. Kemudian diarahkan untuk berhenti bermalam di Mar al-Zahran dan mendirikan khemah.

6. Pada waktu malam, Rasulullah ﷺ mengarahkan tentera Muslimin untuk menyalakan unggun api yang besar di khemah masing-masing bertujuan menimbulkan rasa gerun kepada pihak musuh yang berada di Mekah.

7. Rasulullah ﷺ telah mengarahkan tentera Islam memasuki Kota Mekah melalui 4 penjuru yang telah ditetapkan oleh baginda dan tentera Islam tidak menghadapi tentangan kecuali tentera Khalid bin al-Walid yang diserang oleh tentera di bawah pimpinan Ikramah bin Abu Jahal.

8. Akhirnya, umat Islam memasuki Kota Mekah tanpa sebarang pertumpahan darah. Peristiwa ini menggambarkan pertolongan Allah SWT kepada hamba-hamba yang ikhlas kepada-Nya.

Hikmah Pembukaan Kota Mekah:

1. Agama Islam disebarkan dengan keharmonian dan keamanan.

2. Terhapus tradisi-tradisi jahiliah yang dibanggakan oleh Quraisy Mekah seperti bermegah-megah dengan bangsa dan suku kaum sehingga sanggup berperang demi pertahankan keturunan dan bangsa.

Kesan Pembukaan Kota Mekah:

1. Tanah Haram Mekah menjadi kawasan larangan kepada orang bukan Islam.

2. Dapat membersihkan Kaabah daripada amalan penyembahan berhala.

3. Ajaran Islam dapat disebarkan ke seluruh tanah Arab.

4. Orang Islam dapat menunaikan ibadah tanpa gangguan orang kafir.

Semoga dengan penceritaan peristiwa Pembukaan Kota Mekah ini dapat meningkatkan kecintaan kita kepada Nabi ﷺ dan para sahabat serta mensyukuri nikmat Islam yang Allah kurniakan kepada kita.

Sila share untuk ramai dapat manfaat!

Perhatian : ‘Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan di ruangan akaun ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen yang berbentuk provokasi / penghinaan. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang tulis. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Pastikan komen yang baik-baik sahaja.’ – admin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini

Scroll to Top