fbpx

USTAZ WADI ANNUAR

Pembukaan Kota Andalusia

Pembukaan Kota Andalusia (28 Ramadan)

1- Permulaan kejayaan Islam membina ketamadunan di Barat melalui Andalusia di bawah pimpinan Tariq bin Ziyad.

2- Beliau memimpin pasukan tenteranya menyeberangi lautan Gibralta menuju Semenanjung Iberia. Ketika itu, pasukan Islam hanya berjumlah 7000 orang dan perlu berhadapan tentera seramai 100,000 orang yang lengkap bersenjata.

3- Kemenangan tentera pimpinan Tariq bin Ziyad membuka ruang kepada pasukan Islam untuk terus menguasai Andalusia dan meneruskan penguasaan ke Codova dan Toledo. Bahkan kemenangan demi kemenangan berjaya dicapai oleh tentera Islam dalam meluaskan kerajaan Islam di bumi Eropah.

4- Walaupun kerajaan Bani Abbasiyyah telah mula bertapak dan berpusat di Baghdad bermula 750M, namun Andalusia masih diungguli oleh para pemerintah dari kalangan Umaiyyah.

5- Kecemerlangan pemerintahan Islam di Andalusia dikatakan berlaku pada zaman Abdul Rahman al-Dakhil pada tahun 138H / 756M.

6- Antara kejayaan Islam di Andalusia adalah para pemerintahnya berjaya membentuk masyarakat yang harmoni dan tiada diskriminasi atau penindasan terhadap masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

7- Seterusnya, ramai para ilmuan yang terkemuka lahir pada waktu ini dari pelbagai bidang ilmu. Antaranya, Ibnu Rusyd pakar ilmu Islam dan falsafah, Ibnu Jubair pakar ilmu geografi, Ibnu al-Wafid dan Abu Qasim al-Zahrawi pakar dalam bidang sains, Ibnu Hazm dan Ibnu Batutah pakar dalam bidang sejarah dan sosiologi, Ibnu Malik pakar dalam bidang bahasa dan sastera.

8- Di samping itu, kejayaan Islam di Andalusia juga dapat dilihat melalui pembangunan sistem hidrolik menggunakan roda air, saluran air, jambatan-jambatan, dan pasar-pasar demi memacu ekonomi negara. Selain itu, turut dibangunkan sekolah, masjid, dan istana. Antara tinggalan sejarah Andalusia yang dapat dilihat hari ini ialah masjid Cordova dan Istana al-Hambra.

9- Namun begitu, kecemerlangan Tamadun Islam di Andalusia berakhir dan kekal di bawah pemerintahan Sepanyol sehingga hari ini disebabkan perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin yang mentadbir suatu wilayah dan rakyat yang tidak mentaati perintah pemimpin.

10- Justeru, generasi hari ini perlu mengambil iktibar daripada sejarah kejayaan dan kejatuhan Tamadun Islam di Andalusia.

Sila share supaya ramai beroleh manfaat.

Perhatian : ‘Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan di ruangan akaun ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen yang berbentuk provokasi / penghinaan. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang tulis. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Pastikan komen yang baik-baik sahaja.’ – admin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini

Scroll to Top