fbpx

USTAZ WADI ANNUAR

JAWATAN KOSONG KETUA PEGAWAI OPERASI

π—§π—”π—‘π—šπ—šπ—¨π—‘π—šπ—π—”π—ͺ𝗔𝗕

  1. Menguruskan 3 organisasi yang terdiri daripada institusi pendidikan, NGO dan syarikat dari segi perancangan, pengoperasian, proses kerja, promosi, dan perjalanan projek.
  2. Menguruskan penyelidikan dan analisis data untuk pembangunan projek baharu, penambahbaikan proses operasi seharian organisasi.
  3. Menyediakan dokumen-dokumen, data-data dan laporan-laporan serta kajian impak berkaitan operasi yang dilaksanakan.
  4. Memantau hal ehwal pentadbiran seperti tugas surat-menyurat, penyediaan dokumen dan laporan, pengesahan data, penyelarasan perbelanjaan dan penghebahan maklumat.
  5. Memberi tindak balas segera (real time) terhadap sebarang perubahan apabila perlu untuk penambahbaikan proses kerja dan pengoperasian.
  6. Memantau, menyelia dan melawat setiap organisasi bagi memastikan setiap aktiviti/proses dilaksanakan mengikut skop, garis panduan, spesifikasi dan piawaian.
  7. Memantau dan mengkaji semula prosedur pengoperasian organisasi dengan teliti, mengambil tindakan proaktif dalam mengenalpasti masalah dan menyediakan pelan penyelesaian yang kukuh dan praktikal.

𝗦𝗬𝗔π—₯𝗔𝗧 π—Ÿπ—”π—‘π—§π—œπ—žπ—”π—‘

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Berumur sekurang-kurangnya 35 tahun dan tidak melebihi 50 tahun.
  3. Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang
    Pengurusan/Pentadbiran/Pembangunan Perniagaan/Pemasaran/Perniagaan/Sains Sosial/Bidang Agama atau kelayakan yang diiktiraf dan setaraf dengannya.
  4. Mempunyai pengalaman atau kemahiran yang luas sekurang-kurangnya 10 tahun dalam menguruskan mana-mana organisasi korporat atau swasta. Keutamaan diberikan kepada mereka yang berpengalaman dalam menguruskan institusi pendidikan, NGO dan/atau syarikat.
  5. Mempunyai kefahaman dan pengetahuan yang luas berkaitan perancangan, pelaksanaan dan pengoperasian secara teori dan praktikal termasuk menyediakan kertas kerja, laporan, analisis dan anggaran perbelanjaan.
  6. Mempunyai kepimpinan yang sangat baik dalam menguruskan risiko, pengurusan perubahan, perancangan strategik, penyelesaian konflik, pemikiran kritikal, keupayaan membuat keputusan dan kebolehan menahan tekanan.
  7. Mempunyai semangat berpasukan yang tinggi, berkemampuan menguruskan bilangan kakitangan yang ramai dan memberi inspirasi/motivasi yang baik.
  8. Boleh berkomunikasi dengan baik di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
  9. Mempunyai tahap kesihatan yang baik serta bebas daripada sebarang tindakan tatatertib, rekod jenayah, kes rasuah dan penyalahgunaan dadah.

#akademidarulilmi
#jawatankosong

Perhatian : ‘Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan di ruangan akaun ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen yang berbentuk provokasi / penghinaan. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang tulis. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Pastikan komen yang baik-baik sahaja.’ – admin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini

Scroll to Top