fbpx

USTAZ WADI ANNUAR

JAIPs Tidak Beri Kerjasama

Saya Ustaz Mohamad Wadi Annuar bin Ayub menegaskan bahawa saya telah hadir dalam sesi siasatan oleh pihak JAIPs. Saya telah tiba pada jam 10.30 pagi di pintu pagar pejabat JAIPs bersama barisan peguam.

Saya dapati terdapat pihak berkuasa di luar pintu pagar. Setibanya di pintu pagar, saya telah diberitahu oleh seorang pegawai yang tidak memperkenalkan dirinya, hanya apabila peguam bertanya barulah beliau memperkenalkan diri sebagai Encik Amnan.

Setelah masuk di perkarangan JAIPs, telah berlaku satu pertelingkahan di mana hanya seorang peguam dan Ustaz Wadi Annuar dibenarkan masuk. Apabila berhujah, mereka mengatakan bahawa enakmen mereka tidak membenarkan lebih daripada dua orang masuk bagi tujuan siasatan.

Namun, selepas mendapat arahan daripada Tuan Haji Najmuddin (Pengarah JAIPs), Encik Amnan telah memaklumkan bahawa dua peguam dan Ustaz Wadi Annuar dibenarkan masuk.

Seusai masuk di bahagian penguatkuasaan, Ustaz Wadi Annuar dan peguam telah dibiarkan menunggu beberapa ketika sebelum dipanggil ke dalam bilik siasatan. Telah berlaku lagi pertelingkahan antara Puan Khadijah dan Encik Amnan dengan barisan peguam di mana mereka telah mengarahkan peguam supaya keluar dari bilik siasatan. Perkara ini tidak dipersetujui oleh Ustaz Wadi Annuar.

“Malah tiada apa-apa soalan dikemukakan setelah kira-kira setengah jam menunggu dan ini hanya membuang masa peguam serta Ustaz Wadi Annuar.”

Sehingga 11.30 pagi, Ustaz Wadi Annuar keluar tanpa sebarang siasatan daripada Puan Khadijah atau Encik Amnan.

 

Perhatian : ‘Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan di ruangan akaun ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen yang berbentuk provokasi / penghinaan. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang tulis. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Pastikan komen yang baik-baik sahaja.’ – admin

19 thoughts on “JAIPs Tidak Beri Kerjasama”

  1. Ruzlida Maarop

    Assalamualaikum…

    Kami sentiasa bersama Al-Fadhil Ustaz Muhammad Wadi Annuar.
    Kebenaran pasti akan terbongkar jua.

  2. Ini buang masa je,mereka pun sebenarnya tak brani tu,apatah lah lg ada peguam kat sblah. Saja panggil nk bg takut dan gertak je. Jgn putus asa ustaz,teruskan perjuangan…

  3. Kamila Rahim

    Isu ini bkn berkaitan jenayah berat pun. JAIPs dan “hidden hands” yg bg arahan tu saja nak memburukkan & menyekat dakwah Ustaz Wadi. Lebih pd personal attack..
    Semoga Allah permudahkan segala urusan Ustaz dan merahmati Ustaz dunia & akhirat.
    #kamibersamaUWA #aswj #dakwah

    1. @mohd fadzli bin md fazilah

      Ya betui tu puan. Para² malaikat yg dikirim Allah mengiringi uwa utk brhadapan dgn golongan² yg mcmtu dan hanya Allah maha mngetahui apa yg depa rasa situasi kemarin.
      “Allahummasolliala sayyidina muhammad”

  4. Aaminn. InsyaAllah semua yg berlaku ada hikmahnya. Allah sygkan uwa dan rindukan munajat uwa kpdNya dgn lbh banyak. Allah ingin uwa sentiasa mengharapkanNya bukan kpd yg lain2. Org yg beriman akan Allah uji dan ujian ini utk meningkatkan lagi keimanan uwa InsyaAllah. Ujian ini jg untuk kita semua yg sygkan uwa agar lebih memanjatkan doa dan pergantungan kpd Allah swt. Kpd Allah sahaja kita sembah dan mohon pertolongan.

    1. Did u mean not worth it? Because Ustaz and team came as per schedule but didnt get any conclusion due to JAIP’s not gentleman actions.

  5. Moga Allah mudahkan urusan berjuangan Islam para² ustaz, ustazah dan semua yg berani krn benar. Ya Allah, hanya pdMu tempat kami bergantung.. Aamiin…

  6. Nadiah Jalil

    Sangat tidak professional. serasa nya lebih kepada serangan peribadi. Tidak mengapa ustaz wadi , kepada Allah kita berserah . Moga Allah kurniakan kekuatan & kesabaran yg tinggi pada ustaz dalam menghadapi kerenah mereka ini . #kamibersamaUWA

  7. Rosli Othman

    Semoga Allah mempermudahkan urusan ustaz dan dijauhi dari fitnah dan khianat pihak yang busuk hati.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini

Scroll to Top