fbpx

USTAZ WADI ANNUAR

Apakah Tujuan Al-Quran Diturunkan?

1. Al-Quran diturunkan untuk meringankan beban baginda Nabi ﷺ terutama bebanan perasaan kerana ditentang oleh kafir Quraish.

2. Al-Quran diturunkan untuk menjadi peringatan kepada orang yang takut kepada Allah ﷻ agar tidak melanggar perintah-Nya.

3. Al-Quran diturunkan untuk kebahagiaan agar umat Nabi Muhamad ﷺ tidak sengsara di dunia dan di akhirat.

4. Al-Quran diturunkan sebagai kitab yang lengkap, tiada kekurangan walau sedikit, lafaz yang mudah difahami dan susunan kalimahnya sangat indah dan menyentuh hati.

5. Al-Quran diturunkan dengan memberi peringatan bahawa orang yang berpaling dari peringatan Allah ﷻ akan menghadapi kesempitan hidup.

Bulan Ramadan adalah bulan diturunkan al-Quran, oleh itu penuhilah masa dengan membaca, mendengar, memahami dan mentadabbur ayat al-Quran agar menjadi petunjuk untuk kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

SILA TEKAN BUTANG SHARE UNTUK SEBARKAN MANFAAT

Perhatian : ‘Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan di ruangan akaun ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen yang berbentuk provokasi / penghinaan. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang tulis. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Pastikan komen yang baik-baik sahaja.’ – admin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini

Scroll to Top