fbpx

USTAZ WADI ANNUAR

USTAZ WADI HADIR MESYUARAT AGUNG ISLAMI

PUTRAJAYA – Ustaz Wadi Annuar menghadiri program Mesyuarat Agung (AGM) ISLAMI Kebangsaan pada 22 Julai yang berlangsung di Nasyrul Quran, Putrajaya. Antara yang hadir dalam majlis ini adalah tokoh agama terkemuka seperti Syeikh Usamah Sayyed Al-Azhari dan Habib Ali Zainal Abidin Al-Hamid. Selain itu, majlis ini juga dihadiri oleh para asatizah terkemuka yang turut memeriahkan majlis tersebut dengan ilmu dan pengalaman mereka. Dalam majlis tersebut, Ustaz Wadi Annuar diberi kesempatan untuk memberikan ucapan kepada para hadirin.

ISLAMI atau nama penuhnya Ilmuwan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia merupakan platform yang menghimpunkan para ilmuwan Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ) dengan pelbagai latar belakang. Mesyuarat Agung ISLAMI Kebangsaan ini merupakan satu peristiwa penting dalam menetapkan hala tuju Pertubuhan ISLAMI. Semoga ISLAMI terus maju dalam melebarkan dakwah islamiah berteraskan manhaj ASWJ kepada ummah.

Perhatian : ‘Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan di ruangan akaun ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen yang berbentuk provokasi / penghinaan. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang tulis. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Pastikan komen yang baik-baik sahaja.’ – admin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini

Scroll to Top