fbpx

USTAZ WADI ANNUAR

‘NAFKAH’ antara punca keretakan rumah tangga

Apakah maksud nafkah?

Nafkah ialah mengeluarkan atau membelanjakan sesuatu oleh suami kepada isterinya, ahli keluarganya, kaum kerabatnya dan juga orang-orang yang dimilikinya iaitu hamba berada di bawah tanggungannya. Secara umumnya nafkah juga terbahagi kepada dua iaitu nafkah zahir dan batin.

Nafkah zahir yang perlu disediakan oleh suami ialah keperluan asasi manusia untuk meneruskan kehidupan harian. Antara nafkah zahir yang wajib disediakan oleh suami atau bapa ialah makanan, pakaian dan tempat tinggal.


Berdasarkan firman Allah ﷻ seperti berikut:  وَعَلَى الْمَوْلُوْدِ لَه رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوْفِۗDan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya.(Surah al-Baqarah, ayat 233) Menurut ayat di atas kewajipan seorang suami terhadap isterinya adalah menyediakan nafkah. Namun begitu, nafkah yang perlu disediakan oleh suami kepada isteri bergantung kepada kemampuan suami itu sendiri seperti mana yang dalil telah ditegaskan di dalam al-Quran,  Firman Allah ﷻ:  لِيُنْفِقْ ذُوْ سَعَةٍ مِّنْ سَعَتِهۗ وَمَنْ قُدِرَ عَلَيْهِ رِزْقُه فَلْيُنْفِقْ مِمَّآ اٰتٰىهُ اللّٰهُۗ لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا مَآ اٰتٰىهَاۗ سَيَجْعَلُ اللّٰهُ بَعْدَ عُسْرٍ يُّسْرًاࣖ    Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan rezekinya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberikan Allah kepadanya. Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang melainkan sekadar apa yang Allah berikan kepadanya. Allah kelak akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan. (Surah al-Talaq, ayat 7) Sudah jelas dari ayat tersebut bahawa seorang suami perlu menyediakan nafkah kepada isteri dan ahli keluarga sekadar mengikut kemampuan. Hal ini adalah supaya suami itu tidak dibebani untuk memberi nafkah dan memudahkan dia dalam menguruskan rumah tangga.

Nafkah batin pula adalah cara pergaulan yang baik serta lemah lembut antara suami isteri. Secara umumnya nafkah batin bermaksud hak bersetubuh suami bagi isteri dan ia adalah tanggungjawab yang perlu dilakukan oleh suami kepada isteri selepas berkahwin.

Nafkah yang wajib menurut Imam al-Nawawi rhm:
– Makanan
– Tempat tinggal serta perkakas asas rumah seperti perkakas bilik air, bilik tidur dan sebagainya (jika tidak mampu untuk beli rumah boleh sewa)
– Pakaian
– Barang rumah asas (rempah ratus, minyak masak, garam, gula, lauk-pauk dan sebagainya)
– Alat pembersih badan dan pencuci pakaian.
– Pembantu bagi isteri yang kebiasaannya mempunyai pembantu (jika perlu)

Pada hari ini di dalam negara kita sendiri banyak kes perceraian yang berlaku dan kebanyakannya adalah berpunca daripada suami tidak menyediakan nafkah kepada isteri dari segi zahir mahupun batin. Apabila suami tidak menyediakan nafkah kepada isteri hal ini menyebabkan mudahnya berlaku perselisihan faham dan akhirnya bergaduh.

Maka dari pergaduhan tersebutlah banyak pasangan ingin bercerai walhal di awal perkahwinan bahagia akan tetapi berakhir dengan duka.

Kesimpulannya, suami dan isteri mempunyai tanggungjawab masing-masing jadi sesama pasangan mestilah bertolak ansur antara satu sama lain kerana jika sikap bertolak ansur dapat dipupuk dalam satu rumah tangga perkara yang tidak sepatutnya dapat dielakkan seperti bercerai.

Jadi berdasarkan dalil di atas para suami boleh menyediakan nafkah zahir dan batin mengikut kemampuan masing-masing dan tidak membebankan diri serta keluarga.

 

Pembantu Pegawai Syariah (UWA) // Muhammad Saffuan

Perhatian : ‘Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan di ruangan akaun ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen yang berbentuk provokasi / penghinaan. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang tulis. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Pastikan komen yang baik-baik sahaja.’ – admin

6 thoughts on “‘NAFKAH’ antara punca keretakan rumah tangga”

  1. Terima kasih utk ilmu yg dikongsi.
    Nice article. Ringkas, padat & senang fhm.
    Good job pembantu pegawai syariah UWA👍👍

  2. Maimunah binti Hashim

    Assalamualaikum Ustaz Wadi Annuar.Terima kasih Ustaz Segala pencerahan yg Ustaz spai kan..Syukur Alhamdulillah Nikmat dr ALLAH SWT 32 tahun hidup bersama Arwah suami tercinta Nafkah semua2 nya mecukupi dgn ank 4 org semua nya rezeki dr ALLAH SWT..Walaupn keadaan hidup yg serdehana Alhamdulillah dpt mebeli umh sendiri..6 tahun sudah awrah suami kembali kpd pencipta ny Alhamdulillah sebelum meniggal Awrah sempat bertahu Arwah redha terhadap saya..(Ummi Mai) Tahniah pembantu pegawai Syariah UWA TerBaik drp yg TerBaik.
    ☝️🤲🤲🤲😊

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini

Scroll to Top