fbpx

USTAZ WADI ANNUAR

Keredaan Allah dan Keredaan Ibu Bapa

عَنْ عَبْدُ الله بن عَمْرٍو رضي الله عنهما قال قال رسولُ الله صلى الله عليه وسلم: رِضَى اللهُ فى رِضَى الوَالِدَيْنِ و سَخَطُ الله فى سَخَطُ الوَالِدَيْنِ

 

Daripada Abdullah bin ‘Amrin RA. dia berkata, Nabi ﷺ telah bersabda:

“Keredaan Allah itu terletak pada keredaan kedua ibu bapa, dan murka Allah itu terletak pada murka kedua ibu bapa.”(HR al-Tirmidzi No: 1821)

Daripada hadis tersebut dapat kita ketahui bahawa keredaan Allah itu terletak pada keredaan kedua ibu bapa, kerana Allah memerintahkan supaya kita sentiasa mentaati kedua ibu bapa kita.

Imam al-Ghazali juga ada menyebutkan, termasuk adab anak kepada kedua ibu bapanya ialah mendengarkan perkataannya, mentaati perintahnya, tidak berjalan di hadapannya, tidak meninggikan suara di sisinya, serta berusaha untuk mendapatkan keredaannya. (Lihat Faidh al-Qadir, 4/33)

Selain itu, hendaklah kita sentiasa berbakti kepada kedua orang tua kerana ianya sering kali disebutkan dalam al-Quran, bahkan digandingkan dengan tuntutan menyembah Allah. Hal ini menunjukan bahawa berbakti kepada kedua ibu bapa adalah wajib.

 

Firman Allah:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.” (Surah al-Isra: 23)

Ciri-ciri yang termasuk dalam keadaan derhaka kepada kedua orang tua, adalah menyakitinya dengan cara membantah, berkata kasar pada mereka dan memalingkan muka serta tidak berbakti kepada keduanya.

Al-Hafiz al-Iraqi menyatakan, disyaratkan bahawa keredaan dan kemurkaan ibu bapa itu dalam hal yang diperbolehkan oleh syariat. Ini bermakna, jika ibu bapa memerintahkan anaknya agar melakukan maksiat atau meninggalkan perintah Allah ﷻ maka wajib si anak untuk mengingkari perintah itu. Contohnya, ibu bapa melarang anak daripada menunaikan ibadah haji atau mendirikan solat.

Imam al-Bukhari menyebut dalam karyanya al-Adab al-Mufrad bahawa setiap anak wajib berbuat baik dan mentaati kedua ibu bapanya selagi mana ia tidak melibatkan perkara maksiat atau melanggar perintah Allah ﷻ.

Bagi mereka yang ibu bapanya sudah kembali ke rahmatullah, masih ada peluang yang besar bagi si anak untuk berbakti orang tuanya yang sudah tiada.

Perkara ini disarankan sendiri oleh Rasulullah ﷺ sendiri melalui hadis sahih yang mana seorang lelaki bertanya kepada baginda:

“Adakah masih ada peluang untuknya berbakti kepada ibu bapanya yang sudah tiada?” Lalu Nabi Muhammad ﷺ menjawab: “Ya, ada empat perkara (cara), iaitu mendoakan dan memohon pengampunan untuk kedua-duanya, melunaskan wasiat mereka, memuliakan sahabat karib mereka dan menghubungkan tali silaturahim saudara-mara mereka yang tiada hubungan pertalian darah (melalui penyusuan dan perkahwinan seperti ipar-duai dan anak-anaknya).” (Riwayat Abu Daud)

Akhir sekali, sebagai seorang anak yang ingin mendapatkan keredaan Allah ﷻ hendaklah kita sentiasa berusaha membuat kebaikan terhadap ibu bapa kita kerana keredaan Allah itu melalui keredaan kedua ibu bapa kita.

Perhatian : ‘Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan di ruangan akaun ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen yang berbentuk provokasi / penghinaan. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang tulis. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Pastikan komen yang baik-baik sahaja.’ – admin

7 thoughts on “Keredaan Allah dan Keredaan Ibu Bapa”

  1. Taatlah pd ibu ayah kita selagi mereka tidak menyuruh pd maksiat & kemungkaran. Mereka lah ibu ayah kita selama2nya hingga ke syurga..
    Semoga Allah himpunkan kita semua bersama ahli keluarga dlm syurga Firdaus.

    1. Doakan saya semoga istiqomah..Saya sedang diuji sakit..,dan tak dapat tolong ibu saya seperti biasa.Semoga Allah bagi kekuatan kepada saya.aamiin

  2. Semua dapat bersama Sayyidatina Fatimah..aamiin

    Doakan saya semoga istiqomah..Saya sedang diuji sakit..,dan tak dapat tolong ibu saya seperti biasa.Semoga Allah bagi kekuatan kepada saya.aamiin

  3. Maimunah binti Hashim

    YA ALLAH, DI HARI YANG MULIA INI. DENGAN BERKAT NABI MUHAMMAD BAGINDA. AMPUNILAH KEDUA IBU BAPA KAMI, TEMPATKAN LAH MEREKA DI SYURGA FIRDAUS TANPA AZAB. KASIH IBU BAPA KUNCI MENUJU KE JANNAY. AMEEN

  4. Maimunah binti Hashim

    YA ALLAH, DI HARI YANG MULIA INI. DENGAN BERKAT NABI MUHAMMAD BAGINDA. AMPUNILAH KEDUA IBU BAPA KAMI, TEMPATKAN LAH MEREKA DI SYURGA FIRDAUS TANPA AZAB. KASIH IBU BAPA KUNCI MENUJU KE JANNAH. AMEEN

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini

Scroll to Top