fbpx

USTAZ WADI ANNUAR

Tauliah Perlis: Pihak Berkenaan Perlu Profesional & Tidak Bermain Persepsi Media – Ustaz Wadi Annuar

SUNGAI PETANI, 20 April 2023 – “Yang lebih pelik adalah JAIPs tahu bahawa Ustaz Wadi diwakili oleh Peguam seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan tetapi memilih untuk mengeluarkan kenyataan sensasi termasuk ayat waran tangkap dan sebagainya. Ia lebih kepada serangan peribadi ke atas Ustaz Wadi dan tidak nampak seperti siasatan bakal dijalankan. Ia nampak walau siasatan belum dibuat tetapi sudah ada keputusan bahawa Ustaz Wadi akan didakwa di Mahkamah berkenaan.”

Demikian kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ustaz Wadi Annuar susulan berita yang melaporkan pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) akan mengambil tindakan undang-undang termasuk pelaksanaan waran tangkap sekiranya beliau tidak hadir untuk siasatan berkaitan tauliah ceramah mengikut tarikh yang ditetapkan.

Ujarnya, kenyataan yang dibuat seperti menggambarkan pihaknya cuba mengelak dari hadir proses siasatan.

“Sedangkan kedua-dua pihak sudah sedia maklum bahawa persetujuan perubahan tarikh telah dicapai dan dipersetujui atas alasan-alasan yang dikemukakan. Tidak timbul isu pihak kami mengelak dari hadir proses siasatan.”

Tambah Ustaz Wadi Annuar, pemberitaan dan penulisan yang ada seperti diperoleh secara tergesa-gesa tanpa merujuk kepada pihak terlibat dan ini adalah satu perkara yang amat dikesalkan oleh kerana jabatan agama sebuah agensi Kerajaan Negeri yang sepatutnya lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Justeru, beliau menuntut agar perbicaraan melalui media melalui permainan persepsi segera dihentikan.

“Pihak kami amat kesal dengan tindakan-tindakan tidak profesional seperti ini. Perbicaraan melalui media melalui permainan persepsi seperti ini perlu segera dihentikan. Pihak kami sedang meneliti perkembangan dan tindakan tindakan-tindakan seumpama ini bagi tujuan tindakan-tindakan lanjut mengikut nasihat pihak peguam kami,” tegas beliau.

Perhatian : ‘Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan di ruangan akaun ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen yang berbentuk provokasi / penghinaan. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang tulis. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Pastikan komen yang baik-baik sahaja.’ – admin

3 thoughts on “Tauliah Perlis: Pihak Berkenaan Perlu Profesional & Tidak Bermain Persepsi Media – Ustaz Wadi Annuar”

  1. Jalan terus Ustaz Wadi. Banyak mata yg boleh menilai mana yg betul mana yg salah. Moga Allah SWT permudahkan segala urusan ustaz dunia akhirat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini

Scroll to Top