fbpx

USTAZ WADI ANNUAR

Dalil Tentang Paha Lelaki Adalah Aurat

Aurat lelaki sesama lelaki menurut Imam Syafie rahimahullahu taala adalah kawasan antara pusat dan lutut.

Antara dalilnya hadis:

عورة الرجل ما بين سرته الي ركبته …(رواه الدارقطني والبيهقي عن ابي ايوب وورد مٽله عن ابي سعيد في مسند الحارٽ بن اسامة, وعن عبد الله بن جعفر عند الحاكم رضي الله عنهم)

Maksudnya : “Aurat lelaki ialah sesuatu antara pusatnya ke lututnya.”

Maksud keterangan had aurat dalam hadis ialah wajib menutupnya dan tidak boleh dilihat kepadanya.

Dalam hadis yang lain berbunyi:

لا تبرز فخذك , ولا تنظر الي فخذ حي ولا ميت (رواه ابو داود وابن ماجه عن علي)
Maksudnya : “Jangan kamu memperlihatkan pehamu dan jangan melihat kepada peha orang yang masih hidup mahupun telah mati.”

Seterusnya hadis berikut :


عن محمد بن جحش قال : مر رسول الله صلي الله عليه وسلم علي معمر , وفخذاه مكشوفتان ,فقال : يا معمر غط فخذيك فان الفخذين عورة( رواه اخمد ورواه البخاري في تاريخه.)

Maksudnya “Baginda ﷺ melalui di sisi Ma’mar sedangkan kedua-dua peha Ma’mar terbuka lantas baginda bersabda: Wahai Ma’mar! Tutuplah kedua pehamu, sesungguhnya kedua peha itu adalah aurat.”


وقال النبي صلي الله عليه وسلم مٽل ذلك او قريبا منه لرحل اخر كما (رواه عن ابن عباس الترمذي واحمد.)
Imam Tirmizi dan Ahmad meriwayatkan seumpama sedemikian tentang sabda baginda ﷺ kepada lelaki yang lain.


وحدٽ لجرهد الاسلمي كما رواه مالك واحمد وابو داود والترمذي وقال حسن.وذكره البخاري في صحيحه معلقا
Imam Malik, Ahmad, Abu Daud dan Tirmizi meriwayatkan hadis lain seumpama itu dan Imam Tirmizi menyatakan kedudukannya Hasan.


Berkenaan dengan dakwaan golongan yang menyatakan aurat hanya kemaluan depan dan belakang sahaja (القبل والدبر فقط) maka ulama kita jelaskan seperti berikut :


قال اصحابنا : ان ستر الفخذ ثبت بامر النبي صلى الله عليه وسلم. اما كشفه فعن طريق حكاية الحال .والاستدلال بالقول مقدم علي الاستدلال بالفعل كما ان القائلين بالاول (العورة ما بين السرة والركبة) اكثر من القاالين بالثاني


Golongan yang berpendapat aurat lelaki antara pusat dengan lutut menolak pendapat golongan yg kedua yang menyatakan aurat lelaki hanya kemaluan depan dan belakang dengan alasan bahawa menutup paha sabit dengan perintah nabi ﷺ.

Sementara baginda mendedahkan peha sabit secara hikayat hal (perbuatan yg diceritakan). Pengambilan dalil dari sabdaan baginda ﷺ adalah diutamakan ke atas dalil secara perbuatan baginda ﷺ.

Di samping itu para ulama yang berpendapat bahawa aurat lelaki ialah batasan antara pusat dengan lutut jauh lebih ramai berbanding dengan golongan yang berpendapat sebaliknya.

Wallahu a’lam

-Tuan Guru Syeikh Aminuddin-

Perhatian : ‘Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan di ruangan akaun ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen yang berbentuk provokasi / penghinaan. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang tulis. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Pastikan komen yang baik-baik sahaja.’ – admin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini

Scroll to Top