fbpx

USTAZ WADI ANNUAR

Ustaz Wadi Ziarah Adik Syahmi Penghidap Kanser Darah (Tahap 4)

KUALA LUMPUR – Melalui akaun Tiktok seorang pempengaruh tempatan, Mikha telah memuat naik satu video berkenaan sepupu kepada kawannya iaitu Adik Syahmi yang menghidap kanser darah (tahap 4) dan sudah tiada rawatan yang dapat dijalankan terhadapnya. Menerusi akaun Tiktok pempengaruh tersebut, diceritakan bahawa Adik Syahmi sangat teringin untuk bertemu dengan Ustaz Wadi Annuar yang merupakan penceramah dan pendakwah bebas yang terkenal.

“Adik Syahmi sangat meminati Ustaz Wadi, saya sendiri pun suka dengar ceramah Ustaz Wadi dan cara ceramahnya” – kata pempengaruh tersebut menerusi akaun Tiktok miliknya.

Pada 26 April semalam iaitu tarikh ulang tahun Adik Syahmi ke-16, Ustaz Wadi Annuar telah berangkat ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk melawat dan memberi kejutan kepada Adik Syahmi yang sudah lama ingin bertemu dengan insan yang diminatinya. Ketika bertemu, Adik Syahmi kelihatan begitu teruja dan gembira apabila hajatnya yang terakhir telah tercapai. Ustaz Wadi Annuar juga turut menyambut hari ulang tahun Adik Syahmi yang ke-16 di hospital tersebut serta memberikan kek dan hadiah hari lahir.

Turut serta dalam pertemuan bersama Adik Syahmi adalah NGO yang memperjuangkan pesakit kanser iaitu Kumpulan Ibu Bapa dan Sokongan Anak-Anak Kanser (KIDS) dengan hashtag #walk4cancerkids.

Pesanan yang indah daripada Ustaz Wadi Annuar, “Kehidupan sebenar itu di syurga” – kata beliau.

Sama-sama kita doakan Adik Syahmi redha, tenang dan sabar dengan ujian daripada yang Maha Esa.

Perhatian : ‘Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan di ruangan akaun ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen yang berbentuk provokasi / penghinaan. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang tulis. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Pastikan komen yang baik-baik sahaja.’ – admin

13 thoughts on “Ustaz Wadi Ziarah Adik Syahmi Penghidap Kanser Darah (Tahap 4)”

  1. Alhamdulillah.. semoga Allah permudahkan segala urusan adik Syahmi. Semoga kita semua bertemu di syurga Allah kelak..

    1. الحمدلله
      Semoga Allah swt permudahkn semua urusan rawatan adik syahmi dn sembuh sepenuhnya. إِنْ شَاءَ ٱللَّٰهُ

  2. Alhamdulillah, good information and well written about survival cancer kid named, Syahmi.

    May Allah bless all of us espeicially Ustaz Wadi & team by putting all the efforts to visit Syahmi besides their tight schedule.

  3. Syukur Alhamdulillah. Moga di permudahkan segala urusan adik syahmi & di ringankan segala kesakitan dia. Terima Kasih ustaz , kerana tunaikan hajat adik syahmi untuk berjumpa dengan ustaz . Moga Allah SWT juga kabul kan segala hajat ustaz dunia & akhirat. Aamiiin Ya Mujib.

  4. Alhamdulillah🤍..
    Syafakallah..semoga diberikan segala kebaikan didunia dan akhirat pada adik Syahmi serta keluarga.

  5. Mohamed Idris Hajah Mohideen

    Semoga Allah merahmati dan menyembuhi adik Syahmi..serta permudahkan semua urusan insan yg bernama ustaz wadi annuar…dan makbul kan doa2 beliau..aamiin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini

Scroll to Top