fbpx

USTAZ WADI ANNUAR

Panduan Mendapatkan Haji Mabrur

Haji yang mabrur ialah haji yang dilaksanakan dengan niat yang ikhlas kerana ALLAH ﷻ dan bukan bertujuan untuk melancong, berjual beli atau lain-lain. Haji mabrur menjadikan orang yang melaksanakannya lebih baik dalam melakukan amal soleh sekembalinya dia daripada menunaikan ibadah haji.

Mereka yang melaksanakan haji dengan tatacara yang betul sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ akan menghasilkan pahala yang besar (syurga) dan diampunkan dosa.

Dalam satu hadis daripada Sayidina Abu Hurairah r.a bahawa Baginda Nabi ﷺ telah bersabda: “Umrah ke satu umrah menghapuskan apa yang ada antara kedua-duanya, dan haji mabrur tidak ada balasan (yang layak) baginya melainkan syurga.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Justeru, berikut antara panduan yang boleh diikuti bagi mendapatkan haji yang mabrur.

  1. Sebelum menunaikan haji
    • Niat ikhlas kerana Allah ﷻ.
    • Mempersiapkan diri dengan ilmu manasik haji, menyediakan wang secukupnya daripada sumber yang halal dan mengeluarkan zakat.
    • Melaksanakan rukun Islam dengan sempurna.
  2. Semasa menunaikan haji
    • Menyempurnakan rukun dan wajib haji dengan betul.
    • Meninggalkan larangan ihram dan membayar dam yang berkaitan.
    • Tidak melakukan sifat mazmumah, keji, fusuq, jidal, rafath.
  3. Selepas menunaikan haji
    • Menjauhkan diri daripada dosa dan perkara mungkar.
    • Memperbanyak amal soleh untuk meningkatkan iman dan ketakwaan.
    • Memperbaiki diri ke arah yang lebih sempurna dari segi akhlak, pembentukan diri, keluarga dan masyarakat secara berterusan.

Kesimpulannya, tanda haji diterima Allah ﷻ adalah akhlaknya berubah menjadi lebih baik dan tidak melakukan perkara lagha atau sia-sia. Bahkan mereka yang mendapatkan haji mabrur bukan sahaja memberi manfaat kepada diri, malah orang lain juga mendapat manfaatnya kerana mereka akan lebih sayang ahli keluarga termasuk ibu bapa, isteri dan anak-anak.

Semoga kita semua dapat mengerjakan ibadah haji serta dikurniakan haji yang mabrur.

Perhatian : ‘Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan di ruangan akaun ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen yang berbentuk provokasi / penghinaan. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang tulis. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Pastikan komen yang baik-baik sahaja.’ – admin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini

Scroll to Top