fbpx

USTAZ WADI ANNUAR

Ustaz Wadi Annuar mendoakan ‘Mangsa Gempa Bumi’ di Morocco

Ustaz Wadi Annuar dengan tulus mengucapkan salam takziah dan mendoakan kesejahteraan bagi rakyat Morocco yang baru-baru ini dilanda gempa bumi dahsyat dengan magnitud 7.2 pada malam 9 September 2023.

Gempa bumi tersebut telah menyebabkan kerosakan yang teruk di beberapa wilayah Morocco, dan termasuk berlakunya kehilangan nyawa. Dalam kenyataan Ustaz Wadi Annuar beliau berasa simpati kepada semua mangsa yang terkena kesan gempa bumi ini. Ia juga  mendoakan untuk keselamatan dan pemulihan yang cepat bagi mereka yang terluka dan kehilangan harta benda.

Ustaz Wadi Annuar juga kongsikan doa :

“اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا فِيهَا وَخَيْرَ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا فِيهَا وَشَرِّ مَا أُرْسِلَتْ بِهِ”

“Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-Mu kebaikan atas apa yang terjadi, kebaikan yang ada di dalamnya dan kebaikan yang Engkau kirimkan dengan kejadian ini. Dan aku berlindung kepada-Mu dari keburukannya, keburukan yang ada di dalamnya dan keburukan yang Engkau kirimkan dengannya.”

Semoga Allah permudahkan segala urusan seluruh penduduk Morocco di dalam menghadapi musibah ini.

Perhatian : ‘Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan di ruangan akaun ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen yang berbentuk provokasi / penghinaan. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang tulis. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Pastikan komen yang baik-baik sahaja.’ – admin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini

Scroll to Top