Tabarruk Bukan Syirik: Ini Penjelasan Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah
Baru-baru ini tular isu orang bertabarruk dengan pasir kubur seorang hafiz al-Quran yang berbau wangi. Ada pihak terus menuduh ia khurafat dan syirik. Tuduhan ini tidak berasas.
Apa itu Tabarruk?
Tabarruk ialah mengambil keberkatan daripada orang soleh, sama ada melalui barang peninggalan, tempat, atau jasad mereka. Ia ada dalil sahih daripada hadis dan diamalkan sejak zaman Rasulullah SAW.
Dalil dan Amalan Salaf:
- Nabi SAW sendiri beri rambut dan pakaian Baginda untuk diambil berkat.
- Asma' RA gunakan air basuhan jubah Nabi untuk sembuhkan orang sakit (Sahih Muslim).
- Para sahabat bertabarruk dengan air wuduk Nabi SAW.
Sokongan Ulama
Ulama seperti Imam al-Nawawi, al-Suyuti, Abu al-Hasan al-Sindi dan lain-lain menyokong keharusan tabarruk.
Tabarruk dengan tempat atau peninggalan orang soleh adalah amalan salaf, bukan syirik. Ia hanya jadi syirik jika seseorang menyembah atau meyakini ada kuasa ketuhanan pada benda tersebut. Jika dilakukan kerana kasih, hormat dan mencari keberkatan yang diizinkan syarak, ia adalah sunah, bukan bidaah.