Setelah dilakukan pengamatan terhadap lafaz-lafaz dalam Selawat Tafrijiyyah, didapati bahawa tiada unsur syirik padanya. Huruf ba’ pada lafaz (تنحل به العقد) adalah al-ba’ al-sababiyyah yang bermaksud “dengan sebab Nabi SAW”.
Justeru, terjemahan yang betul dalam bahasa Melayu ialah: “yang menjadi sebab terungkai kebuntuan.” Kebuntuan paling besar adalah kesyirikan dan kekafiran yang terungkai dengan diutuskan Nabi SAW.
اَللّهُمَّ صَلِّ صَلاَةً كَامِلَةً وَسَلِّمْ سَلاَمًا تَامًّا عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ تَنْحَلُّ بِهِ الْعُقَدُ وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْكُرَبُ وَتُقْضَى بِهِ الْحَوَائِجُ وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَائِبُ وَحُسْنُ الْخَوَاتِمِ وَيُسْتَسْقَى الْغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيمِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُومٍ لَكَ
Maksud: Ya Allah, limpahkanlah selawat yang sempurna dan kesejahteraan yang sempurna ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW, yang menjadi sebab terungkainya segala kebuntuan, terbukanya segala kesusahan, ditunaikan segala hajat, dipenuhi segala keperluan, dikurniakan husnul khatimah, dan rahmat dengan kemuliaan wajah Baginda. Juga ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya pada setiap kerdipan mata dan nafas sebanyak bilangan makhluk yang Engkau ketahui.
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maksud: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atasnya dan ucapkan salam sejahtera dengan penghormatan. (Surah al-Ahzab: 56)
Amalan ini termasuk dalam konsep tawassul iaitu menjadikan sesuatu perantara untuk mendekatkan diri kepada Allah. Tawassul yang dibenarkan syara’:
Ulama seperti Dr. Ali Jum’ah dan Dr. Wahbah al-Zuhaili juga membenarkan tawassul dengan Nabi SAW selepas wafat dalam bentuk yang tidak melampaui syariat.
Dar al-Ifta’ al-Misriyyah telah mengeluarkan fatwa bahawa Selawat Tafrijiyyah harus diamalkan. Namun, kita digalakkan untuk mengutamakan selawat yang diajarkan Nabi SAW seperti Selawat Ibrahimiyyah.
Bagi yang tidak ingin mengamalkannya, tidak menjadi masalah. Tetapi janganlah menuduh orang lain sebagai pelaku syirik. Begitu juga, orang yang mengamalkan jangan pula menyalahkan yang tidak mengamalkan kerana isu ini termasuk dalam perkara khilafiyah.
Kesimpulan: Tiada unsur syirik dalam Selawat Tafrijiyyah. Ia mengandungi unsur doa, selawat, dan tawassul yang dibenarkan. Yang penting ialah keyakinan bahawa pemberi kesan hakiki hanyalah Allah SWT. Semoga Allah SWT menerima amalan kita dan menghimpunkan kita bersama Nabi SAW di syurga kelak.
Wallahu a’lam.SILA SEBARKAN SUPAYA RAMAI DAPAT MANFAAT