Fajar 5:59 am

Zuhr 1:25 pm

Asr 4:50 pm

Maghrib 7:38 pm

 Isha 8:52 pm

Ustaz Wadi Annuar

Ustaz Wadi Annuar

CEO Dakwah Global Sdn. Bhd.

Share:

Umat Islam wajib mempertahankan fahaman Ahli Sunah Waljamaah demi menjaga akidah.
Ini seolah-olah menganggap bahawa ulama Salaf gagal menerapkan akidah yang benar kepada generasi ulama Islam selepas merekaah majoriti ulama Islam yang berfahaman Ahlus Sunnah Waljamaah (ASWJ) al-Asyairah dan al-Maturidiyyah.

Sebagaimana as-Sayyid Abu al-Hasan Ali an-Nadwi dalam buku Surotan Mutadhaddatan menempelak golongan Syiah yang mendakwa majoriti sahabat RA murtad selepas kewafatan Nabi SAW kecuali empat orang sahaja, begitu juga golongan ekstremis Wahhabi yang mendakwa majoriti ulama Islam menyimpang daripada akidah Salaf. Ini seolah-olah menganggap bahawa ulama Salaf gagal menerapkan akidah yang benar kepada generasi ulama Islam selepas mereka.

Sejarah Perebutan Jenama 'Akidah Salaf'

Untuk memahami perebutan jenama ‘akidah Salaf’, kita perlu menelusuri sejarah perkembangan fahaman Jahmiyyah yang diasaskan oleh Jahm bin Safwan (meninggal 128H) dan fahaman Muktazilah yang dipelopori oleh Wasil bin ‘Ata’ (meninggal 131H). Kedua-dua fahaman ini melampau dalam mengutamakan penggunaan dalil aqli ke atas dalil naqli. Begitu juga dengan perkembangan fahaman Mujassimah Musyabbihah yang dibawa oleh Muqatil bin Sulaiman (meninggal 150H), yang melampau dalam mensabitkan zahir dalil naqli serta menolak dalil aqli.

Fahaman Jahmiyyah dan Muktazilah pernah mendapat tempat istimewa dalam kerajaan Islam apabila Khalifah al-Ma’mun (198-218H) menganuti fahaman tersebut dan menyeru serta memaksa ulama untuk mengikuti fahaman bidaah berkenaan. Antara tokoh Muktazilah terkenal pada zamannya ialah Bisyr al-Marisi (meninggal 218H).

Pada zaman Khalifah al-Mu’tasim (218–227H), Imam Ahmad (wafat 241H) dipenjarakan selama 28 bulan dan disebat kerana enggan mengatakan ‘al-Quran itu makhluk’. Al-Mutawakkil memuliakan Imam Ahmad dan menjunjung fahamandiusir dari Baghdad dan terpaksa bersembunyi sehingga khalifah meninggal dunia. Hanya pada zaman Khalifah al-Mutawakkil (232-247H), fahaman bidaah yang dipegang khalifah sebelumnya dihapuskan. Al-Mutawakkil memuliakan Imam Ahmad dan menjunjung fahaman ASWJ.

Jom bantu Gerak Kerja Media

Infak Gerak Kerja Dakwah

Setiap ringgit yang penginfak akan digunakan untuk tujuan mengembangkan dakwah Ustaz Wadi Annuar

Sejarah Perebutan Jenama 'Akidah Salaf'

Peristiwa ini meninggalkan kesan besar dalam kalangan ulama ASWJ. Pendirian teguh Imam Ahmad menjadi inspirasi kepada ramai ahli hadis dalam mengangkat penggunaan dalil naqli dan memberi peringatan mengenai bahaya takwil yang berpaksikan akal semata-mata.

Antara respons tegas daripada ulama ASWJ ialah kata Imam at-Tirmizi (wafat 279H) dalam Sunannya:

“Kata ahli ilmu: ‘Boleh jadi sabit riwayat mengenai perkara ini (sifat Allah SWT) dan ia perlu diimani, namun jangan dibayangkan dan jangan ditanya: Bagaimana?'”.
Ini juga diriwayatkan daripada Malik, Sufyan bin Uyainah, dan Abdullah bin al-Mubarak bahawa mereka berkata mengenai semua hadis ini: ‘Lalukanlah sahaja ia tanpa (pertanyaan) bagaimana’. Demikian juga pandangan ahli ilmu daripada kalangan Ahlus Sunnah Waljamaah.”

Majoriti ulama ASWJ menggunakan kaedah tafwidh, iaitu menyerahkan hakikat atau makna sebenarnya kepada Allah SWT. Inilah pegangan akidah Salaf yang benar di samping turut dikesan juga daripada sebahagian mereka menggunakan metod takwil seperti Imam Malik, Imam asy-Syafii, Imam Ahmad, Imam al-Bukhari, dan lain-lain.

Pendirian Teguh Ulama ASWJ

Kekeliruan dan Kesalahan Tasybih dan Tajsim

Namun, respons sesetengah ahli hadis didapati agak berlebih-lebihan sehingga turut berpegang dengan hadis daif, munkar, dan palsu. Akhirnya, mereka menghampiri fahaman Mujassimah Musyabbihah. Ini dapat dilihat dalam kitab an-Naqdhu ‘ala Bisyr al-Marisi dan ar-Radd ‘ala al-Jahmiyyah yang dinisbahkan kepada Uthman bin Said ad-Darimi (wafat 280H), kitab as-Sunnah wa al-Jam’ah oleh Harb bin Ismail al-Kirmani (wafat 288H), dan kitab as-Sunnah oleh Abdullah bin Ahmad bin Hanbal (wafat 290H).

Meskipun terdapat aspek tafwidh dalam semua kitab ini, unsur tasybih dan tajsim (antropomorfisme) juga jelas. Fahaman sesat Mujassimah Musyabbihah yang meyakini sifat Allah SWT itu berjisim, bersaiz, dan berimej sama seperti sifat makhluk adalah manhaj akidah yang keliru dan mesti ditolak.

Kemunculan Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari

Di tengah-tengah kekeliruan golongan Hasyawiyyah dan kesesatan golongan Muktazilah, muncul Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari (260-324H), yang bangkit mempertahankan akidah Salaf yang sebenar dengan menggunakan manhaj yang lebih kemas dan tersusun, menggabungkan aspek naqli serta aqli secara berdisiplin.

Catatan:
Dr. Mohd Khafidz Soroni
Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis & Akidah (INHAD), Universiti Islam Selangor (UIS)
Ketua Kluster Hadis, Majlis Akademik ISLAMI

SELEPAS BACA, SILA KONGSI. SEMOGA BERMANFAAT.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *