Kenali Akidah Salaf Sebenar

Umat Islam wajib mempertahankan fahaman Ahli Sunah Waljamaah demi menjaga akidah.
Ini seolah-olah menganggap bahawa ulama Salaf gagal menerapkan akidah yang benar kepada generasi ulama Islam selepas merekaah majoriti ulama Islam yang berfahaman Ahlus Sunnah Waljamaah (ASWJ) al-Asyairah dan al-Maturidiyyah.

Sebagaimana as-Sayyid Abu al-Hasan Ali an-Nadwi dalam buku Surotan Mutadhaddatan menempelak golongan Syiah yang mendakwa majoriti sahabat RA murtad selepas kewafatan Nabi SAW kecuali empat orang sahaja, begitu juga golongan ekstremis Wahhabi yang mendakwa majoriti ulama Islam menyimpang daripada akidah Salaf. Ini seolah-olah menganggap bahawa ulama Salaf gagal menerapkan akidah yang benar kepada generasi ulama Islam selepas mereka.

🛡️ Mempertahankan Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah

Umat Islam wajib mempertahankan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ), demi menjaga kesucian akidah daripada kekeliruan dan penyimpangan yang menyesatkan.

📚 Penegasan Ulama:

As-Sayyid Abu al-Hasan Ali an-Nadwi dalam buku Surotan Mutadhaddatan menempelak golongan Syiah yang mendakwa majoriti sahabat RA murtad selepas kewafatan Nabi SAW kecuali empat orang sahaja, begitu juga golongan ekstremis Wahhabi yang mendakwa majoriti ulama Islam menyimpang daripada akidah Salaf. Ini seolah-olah menganggap bahawa ulama Salaf gagal menerapkan akidah yang benar kepada generasi ulama Islam selepas mereka.

📌 Realiti Sejarah:

Fakta sejarah menunjukkan bahawa majoriti ulama Islam sejak zaman Salaf hingga kini adalah berfahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah al-Asyairah dan al-Maturidiyyah.

Sejarah Perebutan Jenama 'Akidah Salaf'

Untuk memahami perebutan jenama ‘akidah Salaf’, kita perlu menelusuri sejarah perkembangan fahaman Jahmiyyah yang diasaskan oleh Jahm bin Safwan (meninggal 128H) dan fahaman Muktazilah yang dipelopori oleh Wasil bin ‘Ata’ (meninggal 131H). Kedua-dua fahaman ini melampau dalam mengutamakan penggunaan dalil aqli ke atas dalil naqli. Begitu juga dengan perkembangan fahaman Mujassimah Musyabbihah yang dibawa oleh Muqatil bin Sulaiman (meninggal 150H), yang melampau dalam mensabitkan zahir dalil naqli serta menolak dalil aqli.

Fahaman Jahmiyyah dan Muktazilah pernah mendapat tempat istimewa dalam kerajaan Islam apabila Khalifah al-Ma’mun (198-218H) menganuti fahaman tersebut dan menyeru serta memaksa ulama untuk mengikuti fahaman bidaah berkenaan. Antara tokoh Muktazilah terkenal pada zamannya ialah Bisyr al-Marisi (meninggal 218H).

Pada zaman Khalifah al-Mu’tasim (218–227H), Imam Ahmad (wafat 241H) dipenjarakan selama 28 bulan dan disebat kerana enggan mengatakan ‘al-Quran itu makhluk’. Al-Mutawakkil memuliakan Imam Ahmad dan menjunjung fahamandiusir dari Baghdad dan terpaksa bersembunyi sehingga khalifah meninggal dunia. Hanya pada zaman Khalifah al-Mutawakkil (232-247H), fahaman bidaah yang dipegang khalifah sebelumnya dihapuskan. Al-Mutawakkil memuliakan Imam Ahmad dan menjunjung fahaman ASWJ.

📜 Sejarah Perebutan Jenama ‘Akidah Salaf’

Untuk memahami perebutan jenama ‘akidah Salaf’, kita perlu menelusuri sejarah perkembangan pemikiran Islam dan cabaran terhadap akidah Ahli Sunah Wal Jamaah (ASWJ).

- Fahaman Jahmiyyah (meninggal 128H)

Jahm bin Safwan membawa fahaman Jahmiyyah yang menolak sifat Allah dan terlalu mengutamakan logik akal dalam memahami agama.

- Fahaman Muktazilah (meninggal 131H)

Wasil bin ‘Ata menubuhkan Muktazilah yang menolak sifat Allah dan mengutamakan akal melebihi wahyu. Pemikiran ini sangat berpengaruh di kalangan cendekiawan istana.

- Fahaman Mujassimah & Musyabbihah (meninggal 150H)

Muqatil bin Sulaiman membawa fahaman menyamakan Allah dengan makhluk (tasybih), dengan menafsirkan ayat-ayat sifat secara literal dan tanpa takwil.

- 198–218H – Zaman Khalifah al-Ma’mun

Fahaman Muktazilah diangkat sebagai mazhab rasmi kerajaan. Khalifah memaksa para ulama untuk mengiktiraf al-Quran adalah makhluk. Antara tokoh Muktazilah terkenal pada zaman itu ialah Bisyr al-Marisi (meninggal 218H)..

- 218–227H – Zaman Khalifah al-Mu'tasim

Imam Ahmad bin Hanbal (wafat 241H) dipenjara dan disebat kerana menolak bidaah “al-Quran adalah makhluk”. Beliau dipenjara selama 28 bulan, namun tetap bertegas mempertahankan akidah yang sahih.

- 232–247H – Era Khalifah al-Mutawakkil

Fahaman Muktazilah dihapuskan dan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dipulihkan. Imam Ahmad dimuliakan dan dijadikan rujukan utama dalam akidah oleh kerajaan Abbasiyyah.

- Penegasan Imam at-Tirmizi (wafat 279H) dalam sunannya

"Kata ahli ilmu: 'Boleh jadi sabit riwayat mengenai perkara ini (sifat Allah SWT) dan ia perlu diimani, namun jangan dibayangkan dan jangan ditanya: Bagaimana?'". Dan juga diriwayatkan daripada Malik, Sufyan bin Uyainah, dan Abdullah bin al-Mubarak bahawa mereka berkata mengenai semua hadis ini: 'Lalukanlah sahaja ia tanpa (pertanyaan) bagaimana'. Demikian juga pandangan ahli ilmu daripada kalangan Ahlus Sunnah Waljamaah."

- 260–324H – Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari

Di tengah-tengah kekeliruan golongan Hasyawiyyah dan kesesatan golongan Muktazilah, muncul Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari yang bangkit mempertahankan akidah Salaf sebenar. Beliau menggabungkan pendekatan naqli dan aqli secara berdisiplin, membina manhaj ilmiah yang kemas dan akhirnya menjadi rujukan utama dalam kalangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah sehingga ke hari ini.

- Dominasi Akidah ASWJ

Majoriti ulama Islam seperti Imam al-Bukhari, asy-Syafii, Abu Hasan al-Asy'ari dan Abu Mansur al-Maturidi menegaskan kefahaman akidah berdasarkan dalil naqli dan kaedah tafwidh atau takwil yang sahih.

- Zaman Moden – Dakwaan Golongan Wahhabi

Ekstremis Wahhabi mendakwa majoriti ulama Islam menyimpang daripada akidah Salaf, seolah-olah ulama Salaf gagal menyampaikan akidah yang benar kepada generasi selepasnya.

❗ Kekeliruan dan Kesalahan Tasybih dan Tajsim

📉

Reaksi Berlebihan Ahli Hadis

Sesetengah ahli hadis terlalu keras menolak fahaman lain hingga guna hadis daif atau palsu, cenderung ke arah Mujassimah tanpa sedar.

📚

Kitab-Kitab Berkaitan

  • an-Naqdhu ‘ala Bisyr al-Marisi
  • ar-Radd ‘ala al-Jahmiyyah
  • as-Sunnah wa al-Jama’ah
  • as-Sunnah (Abdullah bin Ahmad)
🚫

Bahaya Tasybih & Tajsim

Unsur menyerupakan Allah dengan makhluk (rupa, arah, saiz) bercanggah dengan prinsip tauhid sebenar dan ditolak oleh ulama Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Pendekatan Ahlus Sunnah

Majoriti ulama ASWJ mengamalkan tafwidh (menyerahkan hakikat makna kepada Allah), dan sebahagiannya menggunakan takwil sahih dengan disiplin.

Sejarah Perebutan Jenama 'Akidah Salaf'

Peristiwa ini meninggalkan kesan besar dalam kalangan ulama ASWJ. Pendirian teguh Imam Ahmad menjadi inspirasi kepada ramai ahli hadis dalam mengangkat penggunaan dalil naqli dan memberi peringatan mengenai bahaya takwil yang berpaksikan akal semata-mata.

Antara respons tegas daripada ulama ASWJ ialah kata Imam at-Tirmizi (wafat 279H) dalam Sunannya:

“Kata ahli ilmu: ‘Boleh jadi sabit riwayat mengenai perkara ini (sifat Allah SWT) dan ia perlu diimani, namun jangan dibayangkan dan jangan ditanya: Bagaimana?'”.
Ini juga diriwayatkan daripada Malik, Sufyan bin Uyainah, dan Abdullah bin al-Mubarak bahawa mereka berkata mengenai semua hadis ini: ‘Lalukanlah sahaja ia tanpa (pertanyaan) bagaimana’. Demikian juga pandangan ahli ilmu daripada kalangan Ahlus Sunnah Waljamaah.”

Majoriti ulama ASWJ menggunakan kaedah tafwidh, iaitu menyerahkan hakikat atau makna sebenarnya kepada Allah SWT. Inilah pegangan akidah Salaf yang benar di samping turut dikesan juga daripada sebahagian mereka menggunakan metod takwil seperti Imam Malik, Imam asy-Syafii, Imam Ahmad, Imam al-Bukhari, dan lain-lain.

Pendirian Teguh Ulama ASWJ

Peristiwa ini meninggalkan kesan besar dalam kalangan ulama ASWJ. Pendirian teguh Imam Ahmad menjadi inspirasi kepada ramai ahli hadis dalam mengangkat penggunaan dalil naqli dan memberi peringatan mengenai bahaya takwil yang berpaksikan akal semata-mata.

Antara respons tegas daripada ulama ASWJ ialah kata Imam at-Tirmizi (wafat 279H) dalam Sunannya:

“Kata ahli ilmu: ‘Boleh jadi sabit riwayat mengenai perkara ini (sifat Allah SWT) dan ia perlu diimani, namun jangan dibayangkan dan jangan ditanya: Bagaimana?'”.
Ini juga diriwayatkan daripada Malik, Sufyan bin Uyainah, dan Abdullah bin al-Mubarak bahawa mereka berkata mengenai semua hadis ini: ‘Lalukanlah sahaja ia tanpa (pertanyaan) bagaimana’. Demikian juga pandangan ahli ilmu daripada kalangan Ahlus Sunnah Waljamaah.”

Majoriti ulama ASWJ menggunakan kaedah tafwidh, iaitu menyerahkan hakikat atau makna sebenarnya kepada Allah SWT. Inilah pegangan akidah Salaf yang benar di samping turut dikesan juga daripada sebahagian mereka menggunakan metod takwil seperti Imam Malik, Imam asy-Syafii, Imam Ahmad, Imam al-Bukhari, dan lain-lain.

Kekeliruan dan Kesalahan Tasybih dan Tajsim

Namun, respons sesetengah ahli hadis didapati agak berlebih-lebihan sehingga turut berpegang dengan hadis daif, munkar, dan palsu. Akhirnya, mereka menghampiri fahaman Mujassimah Musyabbihah. Ini dapat dilihat dalam kitab an-Naqdhu ‘ala Bisyr al-Marisi dan ar-Radd ‘ala al-Jahmiyyah yang dinisbahkan kepada Uthman bin Said ad-Darimi (wafat 280H), kitab as-Sunnah wa al-Jam’ah oleh Harb bin Ismail al-Kirmani (wafat 288H), dan kitab as-Sunnah oleh Abdullah bin Ahmad bin Hanbal (wafat 290H).

Meskipun terdapat aspek tafwidh dalam semua kitab ini, unsur tasybih dan tajsim (antropomorfisme) juga jelas. Fahaman sesat Mujassimah Musyabbihah yang meyakini sifat Allah SWT itu berjisim, bersaiz, dan berimej sama seperti sifat makhluk adalah manhaj akidah yang keliru dan mesti ditolak.

Kemunculan Imam Abu al-Hasan al-Asy'ari

Di tengah-tengah kekeliruan golongan Hasyawiyyah dan kesesatan golongan Muktazilah, muncul Imam Abu al-Hasan al-Asy’ari (260-324H), yang bangkit mempertahankan akidah Salaf yang sebenar dengan menggunakan manhaj yang lebih kemas dan tersusun, menggabungkan aspek naqli serta aqli secara berdisiplin.

Catatan:
Dr. Mohd Khafidz Soroni
Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis & Akidah (INHAD), Universiti Islam Selangor (UIS)
Ketua Kluster Hadis, Majlis Akademik ISLAMI

SILA SEBARKAN SUPAYA RAMAI DAPAT MANFAAT

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp