Ustaz Wadi Annuar

Ustaz Wadi Annuar

CEO Dakwah Global Sdn. Bhd.

Share:

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, mimpi didefinisikan sebagai sesuatu yang terlihat atau dialami dalam tidur. Dalam Islam, mimpi sering terjadi kepada para Nabi dan menjadi mukjizat bagi mereka.

Hal ini tercatat dalam al-Quran ketika Nabi Yusuf menceritakan mimpinya kepada ayahnya:

“Wahai ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan. Aku melihat semuanya sujud kepadaku.” (Surah Yusuf: 4).


Rasulullah ﷺ memberikan jaminan bahawa mimpi melihat Baginda adalah mimpi yang benar, bukan permainan syaitan. Dalam sebuah hadis, daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah ﷺ bersabda:

مَنْ رَآنِي فِي الْمَنَامِ فَقَدْ رَآنِي فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لاَ يَتَمَثَّلُ بِي

Maksudnya: “Siapa yang melihatku di dalam mimpi, maka sungguh dia melihatku, kerana sesungguhnya syaitan tidak dapat menyerupai rupa parasku.” (HR al-Bukhari)

Mimpi Sebagai Sandaran Hukum

Jom infak RM10, untuk Gerak Kerja Media

Infak Gerak Kerja Media

Setiap ringgit yang penginfak akan digunakan untuk tujuan mengembangkan dakwah Ustaz Wadi Annuar

Para ulama bersepakat bahawa mimpi yang baik merupakan satu khabar gembira, manakala mimpi para Nabi pula adalah wahyu yang wajib diamalkan seperti dalam peristiwa Nabi Ibrahim yang diperintahkan melalui mimpi untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail.

Tidak dinafikan bahawa mimpi melihat Nabi ﷺ adalah mimpi yang benar dan bukanlah mainan tidur atau gangguan syaitan. Akan tetapi menurut Prof. Dr. Ali Jum’ah, ia tidak boleh dijadikan satu sandaran hukum syarak kerana waktu tidur adalah waktu seseorang berada di luar kesedaran penuh dan tidak dapat mendengar ucapan dengan baik.

Para ulama juga sepakat bahawa antara syarat untuk diterima periwayatan atau kesaksian, seseorang itu mestilah berada dalam keadaan sedar atau tidak lalai.

Oleh itu, apa yang didengari daripada Nabi ﷺ dalam mimpi tidak mempunyai jaminan kesahihan daripada Baginda. Berbeza dengan melihat Nabi dalam mimpi, kesahihannya telah dijamin.

(Rujuk Mada Hujjiyatu al-Ru’yah ‘inda al-Usuliyyin, hal. 92)

Wallahua’lam

SELEPAS BACA, SILA KONGSI. SEMOGA BERMANFAAT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *