Ini Fakta Yang Ramai Tidak Tahu
Imam Abul Hasan al-Asy’ari (rahimahullah) (260-324H) dikenali sebagai pengasas mazhab Asya’irah. Namun, beliau bukanlah pencipta mazhab dan pandangan akidah yang baharu. Beliau hanyalah periwayat akidah Salaf.
Walaupun Imam Syafie wafat sebelum kelahiran Imam al-Asy'ari, ajaran Imam al-Asy’ari adalah kesinambungan ajaran salaf — maka secara prinsip, Imam Syafie juga tergolong dalam mazhab ini.
Mazhab Asya’irah ialah kesinambungan kepada akidah para sahabat dan salaf. Ia bukan ajaran baharu, tetapi penjelasan dan pembelaan terhadap warisan akidah Islam yang tulen.
Imam al-Asy’ari tidak membawa ajaran baru, hanya menyusun dan membentangkan semula pendapat-pendapat para sahabat, tabi’in dan imam-imam terdahulu dalam bentuk yang sistematik.
Ramai menyangka Imam al-Asy’ari membawa ajaran baharu, sedangkan beliau hanya menyampaikan semula ajaran salaf dengan metodologi ilmu kalam yang mantap.
Aqidah yang dibawa oleh Imam al-Asy’ari ialah ajaran para sahabat dan tabi’in. Beliau bukan pembawa ajaran baharu. Marilah kita terus menyokong RUU Mufti Wilayah Persekutuan tanpa pindaan — meletakkan syarat kelayakan sebagai Mufti Wilayah ialah dari kalangan Ahli Sunnah Wal Jamaah berakidah Asya’irah dan Maturidiyah.
Wallahu a'lam.
Sumber: Diringkaskan daripada artikel asal oleh Ustaz Shamsul Muda
SILA SEBARKAN SUPAYA RAMAI DAPAT MANFAAT