Ustaz Wadi Annuar

Ustaz Wadi Annuar

CEO Dakwah Global Sdn. Bhd.

Share:

Haji yang mabrur ialah haji yang dilaksanakan dengan niat yang ikhlas kerana ALLAH dan bukan bertujuan untuk melancong, berjual beli atau lain-lain.

Mereka yang melaksanakan haji dengan tatacara yang betul sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah  akan menghasilkan pahala yang besar (syurga) dan diampunkan dosa. Justeru, berikut antara panduan yang boleh diikuti bagi mendapatkan haji yang mabrur.

Cara mendapatkan Haji Mabrur:

1.⁠ ⁠Sebelum menunaikan haji

•⁠ ⁠Niat ikhlas kerana Allah.

•⁠ ⁠Mempersiapkan diri dengan ilmu manasik haji, menyediakan wang secukupnya daripada sumber yang halal dan mengeluarkan zakat

•⁠ ⁠Melaksanakan rukun Islam dengan sempurna

2.⁠ ⁠Semasa menunaikan haji⁠

•⁠ ⁠Menyempurnakan rukun dan wajib haji dengan betul

•⁠ ⁠Meninggalkan larangan ihram dan membayar dam yang berkaitan

•⁠ ⁠Tidak melakukan sifat mazmumah, keji, fusuq, jidal, rafath

Jom bantu Gerak Kerja Media

Infak Gerak Kerja Dakwah

Setiap ringgit yang penginfak akan digunakan untuk tujuan mengembangkan dakwah Ustaz Wadi Annuar

3.⁠ ⁠Selepas menunaikan haji

•⁠ ⁠Menjauhkan diri daripada dosa dan perkara mungkar

•⁠ ⁠Memperbanyak amal soleh untuk meningkatkan iman dan ketakwaan

•⁠ ⁠Memperbaiki diri ke arah yang lebih sempurna dari segi akhlak, pembentukan diri, keluarga dan masyarakat secara berterusan.

Kesimpulan

Tanda haji diterima Allah adalah akhlaknya berubah menjadi lebih baik dan tidak melakukan perkara lagha atau sia-sia.

Bahkan mereka yang mendapatkan haji mabrur bukan sahaja memberi manfaat kepada diri, malah orang lain juga mendapat manfaatnya kerana mereka akan lebih sayang ahli keluarga termasuk ibu bapa, isteri dan anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *