Fajar 5:59 am

Zuhr 1:25 pm

Asr 4:50 pm

Maghrib 7:38 pm

 Isha 8:52 pm

Ustaz Wadi Annuar

Ustaz Wadi Annuar

CEO Dakwah Global Sdn. Bhd.

Share:

Membuka Rahsia dan Keaiban Orang

Setiap individu memiliki keaiban dan rahsia peribadi yang tersendiri. Keaiban merujuk kepada kekurangan atau kelemahan yang boleh dianggap memalukan atau menjatuhkan maruah seseorang. Ini termasuk tindakan seperti mendedahkan rahsia peribadi, mengejek penampilan fizikal, atau mengungkit kesilapan masa lalu.

Perbuatan membuka aib orang lain adalah suatu perbuatan yang sangat tercela dan boleh merosakkan reputasi serta maruah individu tersebut. Islam mengajarkan umatnya untuk saling menjaga aib sesama, kerana rahmat Allah SWT akan turun kepada mereka yang berusaha menjaga keaiban diri sendiri dan orang lain.

Dalil Al-Quran dan Hadis Tentang Larangan Membuka Aib

1.⁠ Azab bagi Mereka yang Menyebarkan Aib

Allah SWT berfirman dalam Surah al-Nur ayat 19:

“Sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan tuduhan yang tidak senonoh dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang pedih di dunia dan di akhirat.”

Ayat ini menjadi peringatan keras kepada mereka yang gemar menyebarkan keaiban orang lain, bahawa balasan di dunia dan akhirat sangatlah pedih.

2.⁠ Allah Menutup Aib Mereka yang Menutup Aib Orang Lain

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan tuduhan yang tidak senonoh dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang pedih di dunia dan di akhirat.”

Hadis ini menekankan betapa pentingnya menjaga aib sesama Muslim kerana dengan menjaga aib orang lain, Allah akan melindungi kita di dunia dan akhirat.

3.⁠ Larangan Mencari dan Menyebar Aib Orang Lain

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, Rasulullah SAW bersabda:

“Jauhilah oleh kalian prasangka, sebab prasangka itu adalah ungkapan yang paling dusta. Dan janganlah kalian mencari-cari aib orang lain, jangan pula saling menyebar kebencian dan jadilah kalian orang-orang yang bersaudara.”

Hadis ini mengingatkan kita untuk tidak berprasangka buruk dan mencari kesalahan orang lain, tetapi sebaliknya, kita harus hidup dalam keharmonian dan persaudaraan.

Jom infak RM10, untuk Gerak Kerja Media

Infak Gerak Kerja Media

Setiap ringgit yang penginfak akan digunakan untuk tujuan mengembangkan dakwah Ustaz Wadi Annuar

4.⁠ Amaran Terhadap Mereka yang Mengaibkan Pasangan

Rasulullah ﷺ juga memberi amaran keras kepada mereka yang membuka aib pasangan. Sabda baginda

“Orang yang membuka aib pasangannya, Allah akan mengikatnya dengan ular besar pada hari kiamat nanti.” (HR Ahmad)

 Ini adalah amaran serius agar kita menjaga kehormatan pasangan kita dan tidak mendedahkan kekurangan mereka kepada orang lain.

Kesimpulan

Justeru, jauhilah prasangka buruk, mencari kesalahan orang lain, dan menyebarluaskan aib sesama Muslim. Sebaliknya, kita harus menjaga aib orang lain sebagaimana kita menjaga aib diri sendiri. Dengan amalan ini, kita dapat membina sebuah masyarakat yang penuh dengan empati, hormat-menghormati, dan persaudaraan. Semoga dengan menjaga aib sesama, kita dapat meraih rahmat dan perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat.

Wallahu A’lam.

SELEPAS BACA, SILA KONGSI. SEMOGA BERMANFAAT.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *