Menunaikan ibadah haji adalah impian setiap muslim. Namun, lebih utama daripada sekadar menunaikannya adalah untuk meraih haji mabrur iaitu haji yang diterima dan diberkati oleh Allah SWT. Tapi apakah maksudnya? Bagaimana kita tahu jika haji tersebut mabrur? Bagaimana pula cara mendapatkannya?
Dari segi bahasa, “mabrur” berasal daripada perkataan Arab “بَرُّ” (bar) yang bermaksud benar, jujur dan diterima.
Menurut istilah syarak, haji mabrur adalah haji yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan, mengikut ajaran Rasulullah SAW dan menghasilkan perubahan positif dalam diri selepas pulang dari Tanah Suci.
“Haji mabrur tidak ada balasan yang layak baginya kecuali syurga.”
(Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
1. Ikhlaskan Niat.
Pastikan niat semata-mata kerana Allah. Mohon petunjuk dan kekuatan agar ibadah diterima.
2. Belajar Ilmu Haji Sebelum Berangkat.
Ikuti kursus haji, bacalah buku rujukan serta fahami semua rukun, wajib dan sunat haji.
3. Bertaubat.
Mohon ampun kepada Allah, selesaikan hutang dan maafkan orang lain sebelum berangkat atau ketika di Tanah Suci.
4. Jaga Adab dan Akhlak Sepanjang Haji
Kawal lidah, elakkan kemarahan dan sentiasa bersabar dalam semua ujian.
5. Banyakkan Berzikir, Doa dan Sedekah
Amalkan zikir harian, berdoa dengan penuh pengharapan dan bantu jemaah lain semampu mungkin.
6. Teruskan Amal Soleh Selepas Haji
Haji bukan pengakhiran, tapi titik permulaan hidup baru yang lebih dekat kepada Allah.
Kesimpulannya, jadikan haji sebagai salah satu titik perubahan hidup. Haji yang mabrur adalah satu anugerah agung daripada Allah SWT. Ia bukan sahaja berkaitan dengan ibadah di Tanah Suci, tetapi juga kesan yang kekal dalam hati, akhlak dan kehidupan seharian kita selepas haji.
Semoga Allah memilih kita sebagai tetamu-Nya dan mengurniakan kita haji yang mabrur lalu dimasukkan ke dalam syurga. Aamiin.
SILA SEBARKAN SUPAYA RAMAI DAPAT MANFAAT