Sekarang musim kenduri, sebahagian daripada kita dalam kenduri kahwin, ada yang bawa balik makanan daripada tempat kenduri tanpa izin tuan kenduri. Hukumnya adalah haram. Namun sekiranya dia minta izin terlebih dahulu daripada tuan kenduri untuk bawa balik makanan tersebut, maka ketika itu diharuskan.
Ustaz Wadi berpesan, jangan sampai ada dalam kalangan kita yang mencuri. Allah Taala sebut di dalam al-Quran:
“Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah” (Surah al-Baqarah: 188)
Pergi kenduri, apa yang tuan rumah hidangkan, makanlah yang itu sahaja. Jangan sampai bawa balik makanan tanpa izin daripada tuan rumah. Pesanan terakhir Ustaz Wadi supaya kita berhati-hati dengan apa yang kita makan mestilah daripada cara yang baik, makanan yang halal dan juga berkat. Insya-Allah
– Artikel ini dipetik daripada video ceramah Ustaz Wadi Annuar