USTAZ WADI ANNUAR

UWA Sahkan Kehadiran

Saya Ustaz Mohamad Wadi Annuar bin Ayub dengan izin Allah Taala mengesahkan melalui barisan Peguam saya untuk hadir pada 2 Mei 2023 ini ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs). Saya dipanggil berikutan program sembang santai yang saya hadiri di Jalan Abi Batas, Kangar baru-baru ini. Program ini dijalankan dan dibenarkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Insya-Allah, saya akan memberikan kerjasama penuh sesuai dan selaras dengan kehendak dan peruntukan undang-undang yang berkaitan.

Saya berdoa dan bermunajat agar siasatan akan berjalan dengan lancar, adil dan telus, melalui proses keadilan tanpa sebarang kacau ganggu, manipulasi atau tekanan dari mana-mana pihak terutama dari pihak-pihak yang sentiasa mencari salah dan silap dari saya dan mempunyai agenda tersendiri.

Saya juga menggesa semua pihak yang tidak ada kaitan dengan JAIPs yang menjalankan siasatan ini, supaya menahan diri dari mencampuri urusan di luar bidang kuasa mereka yang telah ditetapkan. JAIPs sebagai badan kerajaan negeri sepatutnya bebas dan tidak wajar menerima sebarang tekanan dari mana-mana pihak.

Semua proses undang-undang akan saya hormati. Saya menegaskan supaya hak saya untuk mendapatkan keadilan juga dihormati sepenuhnya.

Sebarang bentuk provokasi yang tidak wajar, apatah lagi tangkapan yang tidak selari dengan peruntukan undang-undang akan kami susuli dengan tindakan wajar dan dibenarkan mengikut peruntukan undang-undang.

Pihak saya sentiasa merujuk kepada nasihat barisan peguam dari masa ke masa mengenai perkembangan proses ini. Semoga Allah Taala menzahirkan kebenaran kepada semua. Kepada Allah saya berserah.

Sekian.

Perhatian : ‘Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan di ruangan akaun ini. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis sebarang komen yang berbentuk provokasi / penghinaan. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang tulis. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri. Pastikan komen yang baik-baik sahaja.’ – admin

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Terkini

Scroll to Top